PLATFORM penstriman Disney+ bakal membawakan pengalaman eksklusif kepada peminat fesyen dan filem apabila menyiarkan secara langsung tayangan perdana global filem terbaharu The Devil Wears Prada 2. Acara berprestij ini dijangka menjadi antara malam paling glamor tahun ini, dengan penonton di seluruh dunia berpeluang menyaksikannya dari barisan hadapan secara maya.
Tayangan perdana tersebut akan berlangsung pada Selasa, 21 April di Lincoln Center, New York City, bersempena dengan pelancaran rasmi filem itu ke pawagam tidak lama lagi.
Siaran langsung dijadualkan bermula pada jam 5.30 pagi waktu Malaysia, dan versi ulang tayang penuh akan disediakan sejurus selepas acara berakhir.
Melalui siaran langsung ini, penonton dapat merasai sendiri kemeriahan acara karpet merah yang penuh gaya, daripada penampilan fesyen yang mencuri tumpuan sehinggalah ke ketibaan selebriti ternama.
Selain itu, sesi temu bual eksklusif bersama barisan pelakon serta pelbagai momen istimewa di sebalik tabir turut menjadi antara tarikan utama yang menjadikan acara ini seolah-olah sebuah pertunjukan fesyen bertaraf dunia.
Antara nama besar yang bakal memeriahkan malam tersebut termasuk Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt, Stanley Tucci, Kenneth Branagh, Simone Ashley, Caleb Hearon dan Helen J. Shen.
Turut hadir ialah pengarah David Frankel serta penulis skrip Aline Brosh McKenna, bersama ramai lagi tenaga kreatif di sebalik filem ini.
Sebagai persediaan menjelang sekuel yang dinanti-nantikan ini, penonton juga boleh mengimbau kembali fenomena fesyen yang tercipta menerusi filem asal
The Devil Wears Prada yang kini tersedia untuk distrim di Disney+.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments