Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PUKAU 5,000 PENONTON, RADJA TERUJA KONGSI PENTAS BERSAMA ELLA



PENAMPILAN band popular Indonesia yang juga mempunyai ramai pengikut di Malaysia, Radja ternyata memberi kehangatan yang tersendiri pada persembahan Live in Concert Radja yang berlangsung di Mega Star Arena KL @ Sg. Wang Plaza pada Ahad.

Konsert yang dibawakan oleh Orange International Entertainment itu berjaya menarik lebih daripada 5,000 penonton untuk hadir menyaksikan persembahan hebat mereka menerusi dendangan 16 lagu hits yang sememangnya dekat di hati para penggemar.

Radja yang dianggotai Ian Kasela selaku vokalis, Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) memulakan persembahan dengan lagu Bulan, diikuti Selalu Jauh Dari Cinta, Wahai Kau Cinta, Cinderella Benci Bilang Cinta, Ga Ada Waktu dan lain-lain.

Kehangatan berterusan apabila ratu rock negara, Ella muncul di pentas menerusi penampilan istimewanya untuk berkongsi pentas dan kemeriahan menghiburkan penonton. Menerima sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir, penyanyi yang mempunyai aura tersendiri di pentas itu tampil menyanyikan lagu Jujur serta Takkan Melupakanmu sebelum menutup acara.



Vokalis Radja, Ian, mengakui terharu melihat sambutan dan sokongan peminat terhadap mereka.

“Terima kasih kepada semua penonton yang hadir dan ‘sing-along’ kepada lagu-lagu Radja. Begitu juga buat Queen of Rock Malaysia, Ella kerana sudi bersama-sami kami pada satu pentas, selain setinggi-tinggi penghargaan buat Datuk Fazli dari Orange Entertainment International kerana merealisasikan impian kami.

“Ini adalah new chapter buat Radja kembali ke Malaysia dengan respons yang sungguh luar biasa daripada peminat semua, terasa momen intimate itu sepanjang konsert berlangsung,” ujarnya.

Sementara itu, CEO & Pengasas Orange Entertainment International, Datuk Mohd Fadzli Idrus mewakili penganjur menganggap gandingan radja dan Ella apda satu pentas sebagai satu sejarah yang cukup menarik.

“Sejarah telah tercipta apabila dua legenda rock dari dua negara, Radja dan juga Ella disatukan dalam pentas yang sama. Kami di Orange International cuba memberikan sajian persembahan menarik untuk semua peminat muzik terutamanya penggemar muzik rock.

“Selain berhibur, konsert malam ini turut menerapkan peringatan terhadap solidariti kita buat kemelut peperangan yang melanda saudara seislam kita di Palestin, dan tetaplah melaungkan ‘free Palestine!’ sebagai tanda sokongan," katanya. - 7KLIK


[FOTO: Orange International Entertainment]

















Post a Comment

0 Comments