KADANG KALA sesuatu yang dekat dengan rutin seharian boleh dilihat dari sudut yang berbeza. Begitulah suasana yang cuba dibawa CASIO Vintage ke Taman Paramount apabila semangat vintajnya diterjemahkan melalui gaya, budaya dan kehidupan kejiranan.Menerusi Same Time, Different Style, kawasan yang sinonim dengan ruang kreatif dan komuniti setempat ini menjadi sebahagian daripada pengalaman yang mengajak pengunjung menikmati dunia CASIO Vintage dalam suasana yang lebih santai dan dekat dengan kehidupan seharian.
Berlangsung dari 25 hingga 27 September 2026, pengalaman neighbourhood-hopping ini menemukan nostalgia dengan fesyen kontemporari, budaya tempatan dan gaya peribadi sebelum membawa pengunjung menyusuri tiga ruang kreatif di sekitar Taman Paramount.
Vintage Vibes Di Setiap Persinggahan
Lokasi yang dipilih iaitu Ilaika, Fifth dan Paolo Paolo masing-masing menawarkan suasana serta perspektif tersendiri untuk pengunjung mengenali sisi berbeza CASIO Vintage.
Daripada penemuan barangan vintage dan pilihan makanan kepada kedai-kedai bebas serta suasana komuniti, setiap persinggahan hadir dengan karakter tersendiri yang melengkapkan pengalaman sepanjang perjalanan.
Pendekatan ini juga memperlihatkan bagaimana CASIO Vintage terus mendapat tempat dalam pelbagai gaya, generasi dan subkultur. Koleksi yang sinonim dengan sentuhan nostalgia itu dibawa keluar daripada konteks jam tangan semata-mata untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman gaya hidup di kawasan kejiranan.
Berlangsung setiap hari dari 1 petang hingga 9 malam, pengunjung bebas meneroka ketiga-tiga lokasi mengikut rentak masing-masing sambil menikmati aktiviti yang tersedia di sepanjang laluan.
Bagi yang mahu melengkapkan keseluruhan pengalaman, kunjungan ke semua lokasi yang mengambil bahagian serta penyertaan dalam aktiviti yang disediakan membuka peluang untuk menebus hadiah misteri eksklusif, sementara stok masih ada.
Menariknya, setiap pembelian jam tangan CASIO Vintage sepanjang acara ini turut menerima Paolo Paolo ice cream sandwich secara percuma, juga sementara stok masih ada.
Menerusi Same Time, Different Style, CASIO Vintage menjadikan Taman Paramount sebagai ruang untuk menikmati nostalgia dalam suasana yang lebih dekat dengan gaya hidup masa kini, sambil mempertemukan fesyen, budaya tempatan dan komuniti dalam satu pengalaman kejiranan.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments