Bella Astillah Kini Duta Aptamil KID, Bawa Fokus Baharu Dalam Keibubapaan Moden


KEIBUBAPAAN moden hari ini semakin banyak dipengaruhi oleh maklumat, kajian dan kesedaran, bukan lagi sekadar kebiasaan atau trend semata-mata. Dalam landskap ini, semakin ramai ibu bapa serta figura awam memainkan peranan dalam membentuk cara masyarakat melihat penjagaan anak.

Seiring dengan perubahan ini, selebriti Bella Astillah antara yang membawa perspektif tersebut apabila diumumkan sebagai duta pertama Aptamil KID. Ia hadir dengan fokus yang dekat dengan realiti ibu moden, yang kini lebih cenderung membuat keputusan berdasarkan ilmu dan pemahaman.

Bagi Bella, pengalaman bergelar ibu mengubah caranya melihat pemilihan berkaitan anak-anak, khususnya dari segi pemakanan.

“Apabila melibatkan anak-anak saya, saya tidak membuat andaian. Saya mahu memahami apa yang saya berikan kepada mereka dan sebabnya.

“Saya bukan seorang saintis, tetapi saya tahu bagaimana untuk bertanya soalan. Apa yang meyakinkan saya tentang Aptamil KID C-SynB ialah kajian mendalam di sebaliknya.

“Apabila sesuatu itu disokong oleh bukti yang kukuh, ia memberi keyakinan kepada saya sebagai ibu,” katanya.

Pelantikan ini diumumkan bersempena acara Aptamil KID Synbio+ Science Café di M Resort Hotel, Damansara, yang turut menjadi sebahagian daripada inisiatif Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer). Acara itu menghimpunkan perbincangan antara pakar kesihatan dan ibu bapa tentang pemahaman nutrisi awal kanak-kanak.

Seiring peranan sebagai ibu, Bella turut berkongsi bahawa dirinya kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan, termasuk dalam memilih jenama yang diyakini. Setiap pilihan dibuat berdasarkan pemahaman terhadap kualiti dan kandungan di sebalik sesuatu produk.

“Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bagi saya, itu bermaksud bukan sekadar mengikut trend, tetapi benar-benar memahami kualiti, sains dan kandungan di sebalik sesuatu produk.

“Setelah mengetahui tentang Synbio+ dalam Aptamil KID C-SynB serta bagaimana ia dikaji secara klinikal, ia memberi saya keyakinan,” jelasnya.

Fokus Kesihatan Usus dan Keibubapaan Moden

Dalam acara sama, perbincangan turut memberi tumpuan kepada kesihatan usus dalam perkembangan awal kanak-kanak, khususnya bagi kelahiran Czer.

Kajian yang diterbitkan pada 2025 dalam European Journal of Clinical Nutrition menunjukkan gabungan sinbiotik tertentu berpotensi membantu menyokong keseimbangan usus kanak-kanak usia satu tahun ke atas. Namun, ia dipermudahkan sebagai sokongan kepada pemahaman tentang peranan pemakanan awal.


Perkara ini diperjelaskan oleh Dr Nisa Khalil, yang menekankan bahawa kesihatan usus sangat penting dalam pembentukan sistem imun kanak-kanak.

Menurutnya, sebahagian besar sel imun berada dalam usus, menjadikannya asas kepada keupayaan tubuh melawan jangkitan. Justeru, penjagaan usus yang baik penting untuk imuniti jangka panjang.

Tambahnya, kanak-kanak kelahiran Czer  mungkin mempunyai bakteria baik yang lebih rendah pada awal kehidupan, namun ia bukan kekurangan, sebaliknya keadaan yang boleh disokong dengan pendekatan sesuai.

Dalam masa sama, Dr Nisa menegaskan bahawa gabungan probiotik dan prebiotik yang tepat lebih berkesan kerana ia saling melengkapi dalam menyokong keseimbangan usus.

Pemilihan Bella Astillah sebagai duta Aptamil KID juga hadir seiring dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai keibubapaan moden, khususnya dalam konteks peningkatan kadar kelahiran Caesarean di Malaysia yang dianggarkan sekitar 26 peratus (%), melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 10% hingga 15%. Situasi ini menjadi antara fokus dalam perbincangan lebih luas berkaitan pemilihan nutrisi awal kanak-kanak.

Menurut Pengurus Negara Danone Malaysia & Singapura, Koh Kok Meng, kolaborasi ini bertujuan membantu ibu bapa membuat keputusan lebih jelas melalui pendekatan berasaskan sains yang lebih mudah difahami.

Jelasnya, ibu bapa kini lebih terdedah kepada maklumat melalui media sosial dan teknologi, justeru inisiatif kesedaran diwujudkan bagi membantu pemahaman yang lebih terarah berkaitan kesihatan usus, imuniti dan perkembangan awal kanak-kanak.

Danone menegaskan komitmennya dalam menyokong kesihatan kanak-kanak melalui pendekatan pemakanan berasaskan sains. Ini termasuk Aptamil KID C-SynB yang mengandungi gabungan Synbio+, direka untuk menyokong kesihatan usus dan sistem imun kanak-kanak berusia satu tahun ke atas, khususnya dalam fasa awal selepas kelahiran Czer. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments