MUSIM cuti hujung tahun ini menjadi lebih meriah dengan Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, yang menyajikan pengalaman hiburan menyeluruh untuk setiap isi rumah. Daripada rancangan kanak-kanak yang menyeronokkan, filem Krismas kegemaran seisi keluarga, hingga siaran langsung sukan untuk peminat tegar, semua tersedia di satu platform, memudahkan keluarga berkumpul dan menikmati masa berkualiti bersama.
Sepanjang Disember, Astro membawakan pelbagai tayangan khas Krismas yang sempurna untuk dinikmati bersama.
Astro Showcase (CH 413) menyiarkan maraton filem Krismas pada 24 Disember jam 7.30 malam, bermula dengan
A Christmas Proposal, diikuti Surviving Christmas. Sambungan rancangan berlanjutan pada 25 Disember dengan
Christmas Takes Flight, Must Love Christmas, dan
Happy Christmas.Bagi pencinta filem Krismas lain, saluran HITS (CH 706) menampilkan tajuk-tajuk menarik seperti
Sugarplummed, Joyful Mrs Miracle, dan
The Christmas Quest, manakala BBC Lifestyle (CH 717) membawakan rancangan istimewa
Amanda & Alan’s Spanish Christmas.
Selain hiburan bertema Krismas, peminat sukan turut disajikan liputan langsung pelbagai acara utama sepanjang bulan ini. Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung sehingga 20 Disember, menampilkan aksi harian atlet negara dan diakhiri dengan siaran
Majlis Penutup di Astro Arena (CH 801 & 802).
Penonton juga boleh mengikuti
Liga Perdana Inggeris, BWF World Tour Finals 2025, Liga Super, dan pelbagai acara sukan lain sama ada di rumah atau melalui Astro GO.
Seiring cuti sekolah, Astro turut menawarkan pelbagai kandungan kanak-kanak untuk mengisi masa lapang penonton cilik.
Rancangan menarik termasuk
Bola Kampung Max, Super Boomi, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, Oga & Friends musim ke-2, Hai Abang Paan, dan banyak lagi. Pelanggan Astro boleh menambah Pek Kanak-Kanak untuk akses kepada enam saluran khas yang menawarkan hiburan selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.
Selain siaran TV, Astro menghimpunkan kandungan daripada pelbagai rakan penstriman untuk memberikan lebih banyak pilihan tontonan.
Musim terbaharu
Stranger Things, Wake Up Dead Man: A Knives Out Mystery, dan
Emily in Paris musim ke-5 boleh ditonton di Netflix.
Di Disney+, penonton boleh menyelami
Percy Jackson and The Olympians musim ke-2,
Fantastic Four: First Steps, dan
The Artful Dodger musim ke-2.
HBO Max pula menawarkan koleksi lengkap filem
Harry Potter, sitkom popular
Friends dan
The Big Bang Theory, serta filem animasi
Ne Zha 2.
Prime Video menampilkan tajuk menarik seperti
Oh. What. Fun. dan
Heads of State, manakala peminat kandungan Korea boleh menonton
Taxi Driver musim ke-3,
LOVE.exe, dan
Saat Aku Tahu di Viu.
Melangkah ke hujung tahun, Astro terus komited menjadikan hiburan lebih mudah, mampu milik, dan relevan untuk setiap isi rumah di Malaysia.
Melalui Astro One, pelanggan boleh menikmati pelan berpatutan yang boleh disesuaikan, dengan akses kepada lebih 12 aplikasi penstriman popular dan pek kandungan khusus, semuanya di bawah satu platform.
Fleksibiliti ini membolehkan keluarga memilih hiburan mengikut minat dan masa mereka, sekali gus menawarkan pengalaman tontonan bermakna sepanjang musim perayaan ini dan seterusnya.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments