Advertisement

Responsive Advertisement

Nubhan, Dr Afifah Sah Cerai Talak Kedua


PENYANYI, Nubhan, dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, disahkan bercerai talak dua oleh Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa.

Keputusan itu diumumkan selepas Hakim Syarie Umamuddin Yunus meneliti secara terperinci dan berpuas hati dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Lafaz cerai pertama pasangan ini berlaku pada 19 Januari 2017, menjatuhkan talak satu, sebelum rujuk semula pada 21 Januari tahun sama, manakala lafaz cerai kedua dilakukan Nubhan terhadap Dr Afifah pada 26 Ogos lalu disahkan sebagai talak kedua.

Menurut peguam mewakili Nubhan, Dr Afifah dipercayai telah menyelesaikan tempoh edah sebanyak tiga kali suci.

“Nubhan mengesahkan terdapat dua lafaz cerai di luar mahkamah dan mahkamah telah sahkan lafaz cerai pertama pada 19 Januari 2017 dan berlaku rujuk pada 21 Januari 2017. Untuk kali kedua lafaz cerai berlaku pada 26 Ogos 2025.

“Mahkamah mengesahkan dua lafaz cerai dan rujuk tersebut. Pihak defendan (Dr Fie) diperintahkan untuk melalui proses idah bermula 26 Ogos dan kemungkinan telah habis,” katanya.

Sementara itu, peguam Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, menjelaskan pihaknya bersedia untuk berbincang dengan Nubhan mengenai isu-isu berkaitan harta pencarian, mutaah dan nafkah anak.

“Kita akan cuba berunding dengan pihak plaintif. Kalau dapat capai kata sepakat, kita akan terus rekodkan di mahkamah,” katanya.

Nubhan dan Dr Afifah  yang juga seorang doktor gigi berkahwin pada pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Terdahulu pada 26 November lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan keputusan hak hadanah atau penjagaan tetap terhadap tiga anaknya diberikan kepada Dr Afifah. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments