DISNEY's Freakier Friday kembali mencetuskan kekecohan apabila mula streaming eksklusif di Disney+ mulai 12 November.
Filem yang menggabungkan elemen humor dengan magis yang mempesonakan, sekali lagi menampilkan gandingan ikonik Jamie Lee Curtis sebagai Tess Coleman dan Lindsay Lohan sebagai Anna Coleman.
Kini, kisah keluarga Coleman bergerak ke era baharu, meneruskan legasi hubungan ibu dan anak yang telah mencuri hati penonton sejak edisi terdahulu.
Digelar sebagai 'a throwback done right fun, funny, and full of heart' oleh Kylie Mar dari Complex, sekuel penuh jenaka ini hadir sebagai tontonan keluarga yang sempurna.
Sama ada penonton pernah terfikir untuk bertukar badan dengan seseorang atau sekadar ingin merasai pengalaman ‘berjalan dalam kasut orang lain’.
Freakier Friday mengisahkan tentang Anna, yang suatu ketika dahulu remaja penuh pemberontakan, kini merupakan seorang ibu dan bakal mempunyai anak tiri apabila keluarganya bergabung dengan keluarga baharu.
Ketika mereka menavigasi cabaran dan keindahan membina keluarga blended, kilat dan guruh mungkin sahaja kembali menyambar dan tidak mustahil tubuh mereka juga kembali bertukar sekali lagi.
Sama ada generasi baharu yang bakal mengenali kisah ini buat pertama kali, atau peminat lama yang membesar bersama versi asalnya, Freakier Friday menjanjikan naskhah penuh nostalgia, sentimen keluarga dan komedi yang tidak lapuk ditelan zaman.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments