Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Berani, Muda dan Tak Goyah - One Or Eight Tampilkan ‘Bet Your Life’


SEGAR dengan penampilan di VMA, kumpulan sedang meningkat naik, One Or Eight baru-baru ini melancarkan single Bet Your Life, lagu kedua yang paling dinanti dalam kesinambungan siri Anthems of Challenge mereka.

Melanjutkan semangat muda daripada bahagian pertama Young & Reckless (Like a Kid), Bet Your Life mengangkat tema 'Like You', sebuah anthem tentang keazaman untuk percaya pada potensi diri sendiri dan terus maju walau dihadapkan dengan keraguan dan ketidakpastian.

Dengan garis simbolik Bet Your Life, lagu ini menyampaikan mesej kuat tentang menolak ragu-ragu dan zona selesa, serta membina masa depan hanya dengan kekuatan kehendak. Ia menekankan keberanian untuk berdiri dan mengambil risiko 'all-or-nothing'.

Video muzik rasmi Bet Your Life dijadualkan tayang di saluran YouTube rasmi One Or Eight pada 26 September, 9 malam (JST).

Tidak kira apa pun terjadi, One Or Eight yang dianggotai oleh Mizuki, Neo, Reia, Ryota, Souma, Takeru, Tsubasa dan Yuga menekankan pentingnya untuk tetap menjadi diri sendiri, terus mencabar diri, dan bergerak maju dengan identiti masing-masing.

Menyuntik Semangat

Bet Your Life juga sarat dengan kekuatan kepercayaan yang teguh dan semangat yang tidak mudah patah. Dengan lirik seperti “you can bet your life” dan lirik bahasa Jepun yang bermaksud "masa depan yang pasti menjadi 8", di mana setiap perkataan dilontarkan dengan penuh semangat dan tekad.

Ryota berkongsi tentang mesej dan semangat di sebalik lagu itu, bahawa mereka ingin setiap peminat merasai keberanian dan motivasi yang sama ketika menghadapi cabaran:

“Kami mahu berkongsi tentang kehidupan yang kami pertaruhkan semuanya, dengan 1DERZ dan semua yang mendengar ‘Bet Your Life’. Jika anda pernah menghadapi cabaran, kami berharap lagu ini memberi tenaga untuk terus berjuang dan tidak mudah menyerah,” katanya.

Pengeluar David Arkwright, yang pernah bekerjasama dengan ramai nama besar seperti Bella Poarch dan RIIZE, berkongsi pandangannya tentang proses penghasilan lagu ini dan mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan ini.

“Saya berpeluang menghasilkan banyak lagu untuk One Or Eight, dan melalui proses itu saya belajar apa yang penting dan menyentuh emosi dalam kumpulan ini, serta mesej yang mereka ingin sampaikan kepada peminat yang semakin berkembang.

"Bet Your Life sebagai konsep dan produksi segera terasa seperti mewakili semangat kumpulan di mana lagu ini mencabar pendengar untuk ambil risiko, hidup berani, dan kejar kehidupan penuh identiti. Saya tak sabar dunia dengar anthem ini,” katanya.

Mengikuti momentum Young & Reckless, lagu Bet Your Life memperluas naratif dan membawa konsep siri ini ke puncak. Gabungan dua lagu ini mencipta potret berganda tentang semangat One Or Eight, daripada keberanian muda hingga keyakinan yang tidak tergoyahkan, menangkap inti para pemimpi yang tekad mencipta jalan mereka sendiri.


Sebagai tanda penghargaan kepada peminat di seluruh dunia, kumpulan ini juga mengumumkan siaran global khas pada 8 Oktober bertajuk One Or Eight Day. Acara ini menampilkan edisi khas Fan Meeting Shukai Final yang telah diadakan di Zepp Haneda pada 26 Ogos, beserta persembahan eksklusif yang hanya boleh ditonton semasa siaran ini.

Bagi yang terlepas siaran langsung, archive stream juga tersedia dengan edisi digest dan sesi bincang khas eksklusif.

Kejayaan Awal

One Or Eight yang berasal dari Jepun diangotai oleh lapan anak muda iaiatu Mizuki, Neo, Reia, Ryota, Souma, Takeru, Tsubasa dan Yuga yang namanya diambil dari idiom Jepun 'ippuku ka yoka' (one or eight, bermakna all or nothing).

Dengan tagline 'Bet On Yourself', mereka mewakili semangat berani ambil risiko dan bercita-cita tinggi, mengajak peminat untuk bermimpi besar dan ambil peluang berani bersama mereka.

Kumpulan ini tampil debut pada 16 Ogos 2024 dengan lagu Don’t Tell Nobody, yang dihasilkan oleh Ryan Tedder dan David Stewart dari One Republic, dan terus menduduki No.1 di Billboard Japan Heatseekers Songs chart.

Kolaborasi bersama Big Sean pada 2024, KAWASAKI (with Big Sean), mencapai #5 di U.S. iTunes Hip-Hop/Rap Song chart. Pada 2025, One Or Eight dinamakan antara 100 New Leading Artists oleh Nikkei Entertainment! dan memenangi kategori Upcoming Dance & Vocal Group di MTV VMAJ 2025.

Dengan Bet Your Life, One Or Eight sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sekadar bintang baharu, tetapi kuasa muda yang berani, berdedikasi, dan membawa mesej inspirasi kepada seluruh dunia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments