JENAMA runcit moden, TUULYN meneruskan fasa pengembangannya dengan dengan pelancaran cawangan kedua, TUULYN2GO, yang kini dibuka secara rasmi di Edumetro, USJ1, Subang Jaya.
Beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam, cawangan ini menawarkan pelbagai pilihan keperluan harian, daripada sarapan pagi dan snek tengah hari hinggalah ke barangan runcit pada waktu malam dalam format pantas, praktikal dan mudah diakses.
Mengadaptasi konsep kedai serbaneka moden, TUULYN2GO direka khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup urban masa kini, terutamanya dalam kalangan golongan muda, pelajar, keluarga kecil dan profesional yang sentiasa aktif.
Selari dengan nilai teras jenama induk, cawangan ini terus menekankan aspek kesegaran, kemudahan dan keterjangkauan dalam setiap penawaran.
Antara tarikan utama di TUULYN2GO termasuk:
● Lebih 6,000 barangan runcit bersaiz kecil
● Pilihan daging segar, sejuk beku, dan perapan artisan
● Buah-buahan tempatan dan import
● Aneka pastri, kek, snek dan minuman
● Ayam goreng khas TUULYN ‘grab-and-go’ yang menjadi signatur jenama
Cawangan ini turut menampilkan rekaan dalaman minimalis dan moden, menjadikan setiap kunjungan ringkas kepada pengalaman membeli-belah yang selesa dan menyenangkan.
Terletak dalam kawasan Edumetro, yang turut menempatkan SEGi College dan pelbagai kediaman pelajar serta pejabat komersial, TUULYN2GO memenuhi keperluan komuniti sekitar yang memerlukan akses runcit yang praktikal dan cepat.
Pembukaan ini turut menjadi langkah strategik dalam pelan pengembangan TUULYN, termasuk melalui format kedai kecil di kawasan kejiranan serta perkhidmatan penghantaran dalam talian yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Dengan pendekatan yang inklusif dan efisien, TUULYN2GO mencerminkan evolusi gaya hidup bandar yang menuntut kemudahan tanpa mengorbankan nilai dan kualiti. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 تعليقات