SONY telah mengumumkan pelancaran fon kepala tanpa wayar WH-1000XM6, edisi terkini dalam siri 1000X yang terkenal dan memenangi pelbagai anugerah.
Model terbaharu ini menggabungkan bunyi premium dengan teknologi 'noise cancelling' terbaik dalam reka bentuk yang anggun dan ergonomik, menjadikan ia pilihan unggul untuk pencinta muzik, penggemar fesyen, pengembara dan profesional.
Dikuasakan oleh pemproses canggih dan sistem mikrofon adaptif, WH-1000XM6 mengoptimumkan fungsi 'noise cancelling' secara masa nyata agar dunia sekitar anda tidak mengganggu pengalaman mendengar muzik, sementara bunyi yang diterima tetap tulen dan jelas.
Pemproses HD Noise Cancelling QN3 yang baharu ini mempunyai kelajuan tujuh kali lebih pantas daripada model sebelumnya, dan menyelaraskan 12 mikrofon, 1.5 kali lebih banyak berbanding WH-1000XM5 untuk memberikan tahap 'noise cancelling' dan kualiti bunyi yang lebih hebat.
Dengan penempatan mikrofon yang tepat, fon kepala ini mampu menyesuaikan 'noise cancelling' mengikut persekitaran dan aktiviti anda, sama ada ketika melalui perjalanan sibuk atau ketika fokus bekerja di pejabat.
Ciri Adaptive NC Optimiser terbaharu pula memberikan ketepatan 'noise cancelling' yang belum pernah ada, dengan kemampuan menyesuaikan diri kepada pelbagai bunyi luar dan tekanan udara. Driver unit yang direka khas juga dioptimumkan untuk meningkatkan kecekapan 'noise cancelling'.
Mode Auto Ambient Sound pula lebih baik dalam menyesuaikan bunyi sekitar secara masa nyata, mengimbangi muzik dan bunyi luar agar anda sentiasa sedar dengan keadaan sekeliling, terutamanya untuk pengumuman atau perbualan penting.
Bunyi premium
WH-1000XM6 membolehkan anda mendengar muzik seperti yang dimahukan oleh artis. Fon kepala ini dibangunkan bersama pakar mastering bertaraf dunia daripada tiga studio rakaman terkemuka iaitu Sterling Sound, Battery Studios, dan Coast Mastering.
Antara nama besar yang terlibat termasuk Randy Merrill (Sterling Sound) yang pernah bekerjasama dengan Ed Sheeran dan Taylor Swift, Chris Gehringer (Sterling Sound) yang mengasah karya Rihanna dan Lady Gaga, Mike Piacentini (Battery Studios) yang pernah mengendalikan lagu Bob Dylan, serta Michael Romanowski (Coast Mastering) yang bertanggungjawab ke atas lagu Alicia Keys dan soundtrack Star Wars.
Kerjasama ini menghasilkan WH-1000XM6 yang mampu menyampaikan emosi, tenaga, dan detail lagu dengan ketepatan hampir setaraf studio rakaman.
Dengan reka bentuk klasik siri WH-1000X, WH-1000XM6 membawa peningkatan dari segi keselesaan dan fungsi.
Headband yang lebih lebar dan diperbuat daripada bahan vegan leather memberikan keselesaan tanpa tekanan, sementara earpads yang fleksibel dan lembut memastikan pemakaian selesa walaupun lama.
Reka bentuk asimetrik memudahkan pengguna mengenal pasti bahagian kiri dan kanan dengan satu pandangan. Kawalan sentuh dan butang 'tactile' pula memudahkan anda mengawal muzik, noise cancelling, dan mod ambient dengan cepat.
Teknologi audio terkini
WH-1000XM6 menyokong High-Resolution Audio dan High-Resolution Audio Wireless melalui teknologi LDAC Sony yang diiktiraf industri.
Teknologi Edge-AI DSEE Extreme pula meningkatkan kualiti muzik digital yang telah dipadatkan (dikompres), dengan memulihkan semula frekuensi tinggi yang hilang semasa proses pemampatan tersebut.
Untuk peminat permainan video, ciri Game EQ yang dibangunkan daripada rangkaian INZONE Sony memastikan kualiti bunyi optimum ketika bermain permainan FPS.
Selain itu, ciri 360 Reality Audio Upmix for Cinema memberikan pengalaman audio tiga dimensi seperti di panggung wayang ketika menonton filem, hanya dari sumber stereo biasa.
Sistem beamforming enam mikrofon berasaskan AI memastikan suara anda jelas didengari walaupun di persekitaran bising. Fungsi 'mute' boleh diaktifkan segera dengan satu butang pada fon kepala.
WH-1000XM6 hadir dalam tiga warna premium iaitu Hitam, Platinum Silver, dan midnight Blue. Lengkap dengan kotak pembawa magnetik yang praktikal.
Reka bentuk lipatannya kukuh, menggunakan teknologi metal injection, memudahkan ia dibawa kemana sahaja.
Bahan pembungkusan pula 100% daripada kertas mesra alam, yang dibuat dari campuran buluh, serat tebu, dan kertas kitar semula sekali gus mencerminkan komitmen Sony terhadap kelestarian.
Kerjasama dengan Post Malone
Sony menggandingkan kuasa dengan superstar global, Post Malone, dalam kempen 'For The Music' yang menonjolkan teknologi audio Sony sebagai satu pengalaman unik.
Post Malone memuji WH-1000XM6 sebagai fon kepala yang benar-benar menghayati muzik dan membawanya lebih dekat kepada pendengar. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments