SEMPENA sambutan World Music Day tahun ini, Aloft Kuala Lumpur Sentral mengajak anda menyelami rasa dengan Galau Global, satu malam penuh muzik, emosi dan pengalaman menyentuh hati.
Acara eksklusif satu malam ini merupakan sebahagian daripada siri Live@Aloft dan dibawakan oleh program pelancongan Marriott Bonvoy, yang sentiasa memperkenalkan pengalaman budaya yang unik dan berani kepada para tetamu.
Bakal berlangsung pada 28 Jun 2025, malam istimewa ini menjanjikan perjalanan jiwa merentas tema kecewa, penyembuhan dan cinta yang semuanya dalam gaya galau sebenar.
Penonton akan dihiburkan dengan persembahan oleh Didie Shazry, Yad, Maria Effendi dan Mukhriz Syah dengan menampilkan lagu-lagu galau daripada pelbagai bahasa dan budaya seperti balada Indonesia dan antem sendu Melayu, hingga ke lagu kecewa dalam bahasa Inggeris, Korea, Sepanyol dan Jepun.
Untuk menambah suasana, ruang acara hotel akan diubah menjadi pengalaman bertema galau yang immersif termasuk ‘Wall of Closure’ untuk luahkan mesej-mesej yang tak pernah dihantar, sudut foto, dan booth percuma untuk abadikan rasa dramatik anda malam itu.
Tetamu juga berpeluang memenangi baucar TEVA bernilai sehingga RM2,000, manakala 30 tetamu terawal yang juga ahli Marriott Bonvoy akan menerima goodie bag eksklusif sebagai penghargaan. Pendaftaran di lokasi juga disediakan bagi mereka yang ingin menyertai program Marriott Bonvoy dan menikmati lebih banyak keistimewaan acara akan datang.
Menurut Pengurus Besar Aloft Kuala Lumpur Sentral, Michael Grimmer, Galau Global mencerminkan komitmen hotel dalam mencipta pengalaman tetamu yang bermakna dan berasaskan budaya.
“Acara ini adalah sambutan ikhlas terhadap kuasa muzik yang menyatukan dan menyembuhkan. Melalui pengalaman khas Aloft ini, kami ingin merapatkan manusia melalui emosi yang dikongsi bersama, sambil mengetengahkan bakat muzik tempatan,” katanya.
Galau Global
Tarikh: 28 Jun 2025 (Sabtu)
Masa: 7 hingga 10 malam
Tempat: Ballroom A, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Tiket: Bermula dari RM68 hingga RM600 (termasuk minuman, pencuci mulut, VIP bundle & barangan eksklusif)
Galau Global bukan sekadar acara hiburan, tetapi ruang untuk menikmati muzik yang dekat dengan emosi dan pengalaman peribadi. Sama ada hadir untuk menghargai bakat tempatan, mengenang momen yang pernah menyentuh hati, atau sekadar menikmati suasana, malam ini menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk semua pencinta muzik. - 7KLIK
0 تعليقات