TIDAK kira sama ada dari ruang tamu atau ‘hutan ajaib’, penonton dari pelbagai peringkat usia bakal dibawa menyelusuri keajaiban dan irama magis kisah klasik Disney, Snow White, yang akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 11 Jun ini.
Kisah dongeng ikonik Snow White and the Seven Dwarfs kembali dalam versi aksi nyata (live-action), menawarkan sebuah pengembaraan sinematik baharu yang penuh debaran sambil menghidupkan semula kenangan indah zaman kanak-kanak.
Seperti mana penonton pada tahun 1937 terpesona dengan keajaiban animasi, versi terkini Snow White tampil dengan visual efek yang memukau, membawa elemen alam dan fantasi menjadi nyata di layar.
Filem ini juga menampilkan runut bunyi unik yang menggabungkan lagu-lagu klasik kesayangan dengan sentuhan baharu yang menyegarkan, hasil ciptaan duo pemenang EGOT, Benj Pasek dan Justin Paul.
Dalam versi ini, Snow White lakonan Rachel Zegler menyampaikan harapan dan impiannya melalui balada terbaru berjudul Waiting on a Wish, antara beberapa lagu baharu yang digelar 'contemporary kingdom songs'.
Lagu-lagu ikonik seperti Heigh-Ho dan Whistle While You Work turut dimuatkan bagi menghidupkan semula memori lama.
Bagi yang mahu mengimbau kembali kisah asal, filem animasi Snow White and the Seven Dwarfs, filem sulung animasi penuh Disney yang mengubah landskap penceritaan dunia kini juga boleh ditonton di Disney+ Hotstar. Kembali ke perigi impian di mana segalanya bermula, dan rasai semula magis sebenar Disney. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments