Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Latihan Pestapora Malaysia, himpunkan barisan artis popular dua negara


TEKA-TEKI kini terjawab apabila Hitman Solutions tampil bekerjasama dengan Boss Creator selaku penganjur, mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan di pentas Latihan Pestapora yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Gabungan artis hebat dari Indonesia dan Malaysia dijangka bakal bakal menggegarkan acara itu yang buat pertama kalinya diadakan di Malaysia.

Antaranya artis Indonesia yang beraksi ialah .Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas. Sementara barisan artis tanah air pula terdiri daripada Bittersweet, Bunkface, Dolla, SonaOne, Salammusik dan ramai lagi.

Festival ini menjanjikan pelbagai genre muzik daripada pop, rock, alternatif, hip-hop hingga ke indie untuk peminat yang dahagakan pengalaman muzik serumpun.

Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, berkata, penganjuran acara itu diharapkan dapat memberi pengalaman menarik buat peminat muzik tanah air.

“Setiap tahun ribuan peminat Pestapora dari Malaysia akan ke Jakarta untuk hadir ke festival tersebut. Melihat keupayaannya menyatukan orang ramai melalui muzik, kami mahu rakyat Malaysia turut merasai magisnya.

“Lebih 2,000 tiket terjual tanpa ‘lineup’ membuktikan ramai yang mengetahui tentang dan percayakan jenama Pestapora untuk bawakan pengalaman muzik, seni, komuniti dan gabungan budaya dalam satu festival.

"Latihan Pestapora adalah seperti ‘preview’ kepada rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk terbang ke Jakarta untuk festival utama serta buat peminat yang ingin bersiap sedia untuk acara utama dengan hadir di latihan dahulu,” katanya.

Kolaborasi istimewa

Latihan Pestapora Malaysia bukan sekadar persembahan pentas biasa. Ia adalah platform untuk kolaborasi budaya Nusantara yang diraikan melalui muzik.

Lebih istimewa, ia turut membuka peluang kepada peminat untuk merasai ‘preview’ kepada edisi utama Pestapora di Jakarta pada September nanti.


Menurut Pengarah Festival Pestapora & Pengasas bersama Boss Creator, Kiki Ucup, Latihan Pestapora tahun ini tampil berbeza apabila melebarkan sayap ke Malaysia bersama Hitman Solutions.

"Kami melihat potensi besar Pestapora di Malaysia. Harapannya, Latihan Pestapora Malaysia dapat menjadi fasilitator buat para penggiat seni dan komuniti dari kedua-dua negara untuk saling memperkenalkan dan menonjolkan karya masing-masing kepada para peminat," katanya.

Tiket Latihan Pestapora Malaysia boleh didapati dengan harga RM129, RM199 dan RM70 (kanak-kanak). Sementaraa akses express lane pula dnegan tambahan RM100. Pembelian boleh dibuat menerusi laman web www.latihanpestaporamalaysia.com- 7KLIK

إرسال تعليق

0 تعليقات