Oleh: AILEEN ADAM
SEJAK awal berkongsi tentang debut projek album solonya, para peminat Rosé pantas memberikan sokongan dan dorongan atas kepercayaan penuh terhadap bakat seni dimilikinya.
Apatah lagi setelah pemilik nama sebenar Park Chaeyong itu mengumumkan album yang diberi judul Rosie bakal dilancarkan pada 6 Disember ini, masing-masing teruja dan bersama menghitung hari untuk menikmati album istimewa yang mengandungi 12 buah lagu yang sepenuhnya dicipta penyanyi berusia 27 tahun itu.
Melihat kepada sambutan dan reaksi luar biasa daripada peminat, empunya diri mengakui turut teruja, tetapi dalam masa sama gementar menantikan saat album itu rilis.
Rosé dalam temubualnya dengan majalah iD baru-baru ini berkongsi perjalanannya menghasilkan album tersebut yang ternyata tidak mudah.
Namun antara yang turut menarik perhatian apabila, anggota Blackpink itu mendedahkan turut mendapat nasihat dan bimbingan daripada bintang pop dunia, Taylor Swift.
Menurut Rosé, ketika bertemu Swift pada September lalu, dia sempat memberitahu penyanyi lagu Fortnight itu tentang pembikinan album tersebut.
“Saya memberitahunya (Swift) saya peminat tegarnya dan mempunyai beberapa soalan yang ingin ditanyakan tentang pembikinan album.
Dia terus berkata, tanyakan saja, biar saya bantu awak. Malah dia memberikan nombor telefonnya dan berkata, hubungi saya jika ada pertanyaan lain.
Rosé tidak menyangka penyanyi tersohor itu bersikap begitu baik dan cuba membantunya dengan memberikan pelbagai nasihat.
Saya sangat berterima kasih kepadanya. Dia menasihati saya untuk menjaga itu dan ini, antaranya seperti logistik. Dia cuba melindungi saya. Menjadi artis solo, menjadi independen, itu bukan perkara yang mudah.
"Ada banyak hal yang saya kena waspada dan dia menjelaskan semua perkara yang perlu saya perhatikan. Itu bahagian yang paling 'cool'. Dia telah sukses di dunia muzik dan dia cukup baik untuk membimbing saya,” katanya lagi.
Single Number One Girl
Single Number One Girl
Dalam tembual sama, bintang asal Australia itu juga melihat Swift sebagai mentor kerana memiliki aspirasi sama sebagai 'singer song writer' dalam karya seni mereka.
Rosé yang baru-baru ini meledak dan mencetuskan fenomena luar biasa menerusi single APT yang menyaksikan kolaborasinya bersama penyanyi Bruno Mars, mengakui sangat menghargai pengalaman baharu yang diperoleh sepanjang perjalanannnya mengerjakan projek solo.
Dalam pada itu, sementara menantikan album solonya yang akan rilis pada 6 Disember ini, Rosé bakal merilis single solo berjudul Number One Girl pada 22 November ini.
Terdahulu, penyanyi ini baru sahaja mengadakan 'listening party' untuk album solo tersebut untuk memperdengarkan lagu-lagu yang terkandung dalam album yang diterbitkan bersama The Black Label dan Atlantic Records. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments