Hot Posts

6/recent/ticker-posts

J-Hope BTS beli penthouse RM40 juta tunai


BARISAN artis muda Korea Selatan dilihat berlumba-lumba mengumpulkan aset dan koleksi hartanah yang dibeli dengan hasil titik peluh mereka dalam kerjaya seni.

Terbaru, anggota kumpulan BTS iaitu, J-Hope dilaporkan telah membeli sebuah kediaman jenis penthouse yang dianggarkan berharga AS$8.6 juta atau RM40 juta secara tunai.

Difahamkan bintang berusia 30 tahun itu membeli unit duplex di Afer Hangang yang terletak di Yongsan, Seoul pada 10 Jun lalu.

Bersesuaian dengan harganya, rumah berkeluasan 274 meter persegi itu dikatakan menghadap Taman Yongsan dan Sungai Han yang cukup indah.



J-Hope atau Jung Ho-seok sebelum ini sudah pun memiliki hartanah lain termasuk dua buah apartmen mewah di sekitar Seoul.

Ketika ini penyanyi itu masih menjalani latihan ketenteraan wajib dan akan kembali bergabung bersama BTS tahun depan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments