Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Filem terlaris di China, Yolo bakal ditayangkan di pawagam Malaysia Mac ini


SONY Pictures Malaysia telah memperoleh hak pengedaran antarabangsa untuk filem Yolo, sebuah naskhah komedi yang baru sahaja rilis di China pada Sabtu lalu.

Filem arahan pengarah terkenal, Lei Jia Ling itu mendapat sambutan luar biasa pada tayangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina dengan 1.6 bilion yuan di box office untuk empat hari pertama tayangannya.

Filem yang ditulis, diarahkan oleh dan dibintangi oleh Jia Ling itu mengisahakan tentang Le Ying, seorang penganggur wanita berusia tiga puluhan yang masih tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya.

Suatu hari Le Ying bertemu dengan seorang jurulatih tinju yang dilakonkan oleh Lei Jiayin, dan telah mengubah hidupnya.

Menurut laporan China Movie Data Information Network, Yolo kini mengekalkan kedudukannya pada bahagian atas carta box office harian China dan mempamerkan kejayaan luar biasa dengan menjana pendapatan harian sebanyak 349.96 juta yuan (US$49.26 juta).

Sony Pictures Malaysia akan mengedarkan filem Yolo di pawagam Malaysia pada Mac tahun ini. Bagaimanapun tarikh tayangannya masih belum disahkan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Terdahulu Jia Ling mencipta kejayaan menerusi filem Hi Mom, yang pernah menjadi filem kedua terlaris sepanjang masa di China dengan pendapatan box office lebih 5.3 bilion yuan.

Kejayaan itu juga menjadikan Jia Ling sebagai pengarah wanita dengan kutipan tertinggi di dunia.  - 7KLIK


[FOTO: Sony Pictures Entertainment]

Post a Comment

0 Comments