Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kolaborasi Media Prima Berhad, PTTI lancar misi bantu calon SPM buat persediaan akhir


MENJELANG peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 (SPM 2023), Media Prima Berhad menerusi saluran ntv7 berkolaborasi dengan PTTI, peneraju dalam pendidikan digital di Malaysia yang telah membuktikan keberkesanannya dalam merubah paradigma pembelajaran tradisional kepada pengalaman digital yang lebih interaktif dan efektif, dalam memperkenalkan program ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ untuk membantu calon-calon SPM 2023 membuat persediaan akhir.

Ikuti pembelajaran dan teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia daripada barisan tenaga pengajar PTTI berpengalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Seelan Paul, berkata, pihaknya mengalu-alukan kolaborasi itu untuk mempelbagaikan lagi program pendidikan dan kandungan didik hibur di ntv7.

"Kami berharap penonton ntv7 terutamanya calon-calon peperiksaan SPM 2023 akan mendapat manfaat besar daripada program ‘PTTI Pecutan Akhir SPM 2023’ yang memperkenalkan cara pembelajaran mudah, ringkas dan menyeronokkan,” ujarnya pada majlis sidang media yang turut dihadiri duta serta ikon PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman menjelaskan, PTTI merupakan platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula dan teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.

"Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

"Menerusi kolaborasi dengan Media Prima Berhad dimana ntv7 sebagai platform, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar peroleh semua A di Malaysia di SPM 2023 ini,” katanya.


‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ 2023 dikendalikan oleh tenaga pengajar PTTI yang berpengalaman yang akan mengajar teknik-teknik menjawab berdasarkan analisis soalan percubaan SPM dari setiap negeri di Malaysia.

Tenaga pengajar PTTI juga akan berinteraksi secara langsung dengan pelajar-pelajar yang dijemput hadir ke studio untuk membantu mereka memahami, menguasai dan cara untuk skor peperiksaan SPM. Pelajar-pelajar yang dijemput ini secara tidak langsung dapat merasai pengalaman pembelajaran yang dikeudarakan secara langsung menerusi platform televisyen.

PTTI turut mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 (‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition). Maklumat lanjut mengenai program pendidikan PTTI boleh diperoleh dengan melayari www.ptti.my .

‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ akan bersiaran sebanyak 16 episod, secara langsung di ntv7 bermula 9 Disember 2023, setiap Sabtu dan Ahad, jam 10 hingga 11 pagi. Siaran ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi siaran tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview CH107, Astro CH147, unifi CH107, dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.


ARTIKEL LAIN: lebih-teruja-masked-singer-malaysia
ARTIKEL LAIN: sooka-serba-baharu-tawar-harga-menarik
ARTIKEL LAIN: jumpstart-your-senses-new-concert



[FOTO: NTV7]

Post a Comment

0 Comments