Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"Ini bukan tentang membuktikan diri kepada sesiapa" - Alyph dekati peminat dengan Heat



RAPPER berbakat yang pernah mencipta nama bersama SleeQ, Alyph kini kembali tampil dengan karya terbaharunya, Heat.

Karya tersebut merupakan single keduanya untuk tahun 2023 selepas Check yang dilancarkan pada Februari lalu. Sama seperti single terdahulu, Heat menyala masuk ke dalam minit kehidupan sehari-hari penyanyi asal Singapura itu.

Jika single Check menceritakan keadaan hidupnya, Heat pula menganalisa ruang fikiran pejuang hip-hop ini yang telah mencapai kejayaan menakjubkan.

Menerusi karya tersebut, Alyph ingin menjelaskan bahawa kekal dan diam tidak semestinya perkara yang buruk, tapi yang penting adalah bagaimana seseorang itu meneruskan pergerakan ke hadapan dan menyimpan tenaga sebanyak mungkin sehingga ia diperlukan.

Jelas Alyph, Heat adalah tentang mencari tenaga selepas berehat untuk seketika.

“Ini adalah perkara biasa,setiap kali saya mahu pergi bekerja atau melakukan sesuatu, saya perlu diberikan semangat, untuk bersiap sedia buat hari tersebut," - Alyph.

Menurutnya lagi, Walaupun judul lagu tersebut mungkin menggambarkan sesuatu yang panas, tetapi Heat seumpama kereta laju yang menelusuri persekitaran yang tidak dikenali.

"Setiap hari menawarkan sesuatu yang baharu buat saya dan ia perlu membawa kehangatan, tetapi mesti dilakukan dengan tujuan yang betul," katanya yang pernah hits dengan lagu Swipe itu.

'Tuhan menguji, mental pernah trip, badan pernah trip, tapi aku switch, get a grip,' Itu antara baris rap berbahasa Melayu dalam lagu tersebut dengan selingan piano dan rentak ‘trap’.




Alyph menjelaskan bagaimana dia melihat ujian kehidupan sebagai ujian keyakinan dan kewaspadaan. Malah apabila keletihan, dia melatih diri untuk menukar tenaga supaya meningkat kembali untuk langkah seterusnya.

"Dalam lagu, tenaga saya datang daripada semangat serta keinginan seseorang yang pernah bermula dari bawah atau 'rookie energy' seperti yang disebut dalam ayat permulaan, 'even as he continues to perform at the top of his game'.

“Ini bukan tentang membuktikan diri kepada sesiapa. Ia adalah tentang tidak mahu menjadi selesa kerana sentiasa ada sesuatu lebih besar yang saya mahu capai untuk diri sendiri.

“Ada banyak lagi yang boleh saya sumbang kepada ruang dan industri ini, lebih banyak cerita boleh saya ceritakan dan lebih banyak orang yang boleh saya capai. Tiada tujuan tertentu yang saya mahu kecapi. Saya hanya mahu menjadi lebih besar dan lebih baik," tegasnya.

Bagi peminat Alyph, mereka boleh mengharapkan lebih banyak lagi daripada bintang ini sesuai dengan perancangan yang ada di balik tabir.

Walaupun Heat hanyalah single kedua buat tahun ini, terdapat banyak lagi karya Alyph akan muncul.

"Ia berasa seperti saya sedang berlatih secara konsisten dan diam. Sekarang, saya bersedia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang saya boleh lakukan,” akhirinya.

Muzik Video Heat kini boleh ditonton di saluran YouTube. - 7KLIK


[KREDIT: Def jam Recordings South East Asia]

Post a Comment

0 Comments