Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hael atau Nadhir? Siapa sebenarnya Qasrina maksudkan My Famous Ex-Boyfriend?



DIADAPTASI daripada novel popular berjudul Petrichor, Astro Ria tampil mempersembahkan drama My Famous Ex-Boyfriend, sebuah naskhah percintaan penuh suka duka yang bakal menghidupkan slot Mega Drama.

My Famous Ex-Boyfriend merupakan drama yang menggambarkan kesan buruk buli siber iaitu salah satu isu sosial popular yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini terutamanya golongan muda yang lebih dikenali sebagai ‘digital natives’.

Drama rantaian ini mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal.

Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media. Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, isu sosial semasa seperti buli siber lebih banyak berlaku pada zaman sekarang di mana rakyat malaysia lebih selesa meluahkan semuanya di sosial media berbanding secara bersemuka.

"Naratif drama ini mempertengahkan tekanan yang dihadapi mangsa siber buli terutamanya  dalam kalangan orang muda. My Famous Ex-Boyfriend amat relevan untuk penonton-penonton bahkan masyarakat umum yang berkemungkinan terkesan dengan isu yang dipaparkan sebagai satu langkah untuk menyebarkan kesedaran tentang buli siber dan ini turut dikuatkan dengan pemilihan barisan pelakonnya yang datang daripada latar belakang yang berbeza.

"Selain itu, plot utamanya yang menerokai 'first love' ketika di usia remaja serta perasaan suka duka yang dirasai selepas itu merupakan satu genre yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Penceritaan sebegini amatlah popular di mana-mana sahaja.

"Kami berharap para penonton terhibur dengan penceritaan setiap watak sekaligus mengambil ikhtibar daripada pengajaran-pengajaran yang terselit," ujarnya.


Dalam pada itu, My Famous Ex-Boyfriend merupakan drama pertama Hael Husaini selepas 17 tahun bergelar penyanyi dan penulis lagu dalam industri hiburan.

Hael juga merupakan pelantun runut bunyi drama ini yang berjudul Diam. Menerajui drama ini sebagai Ishaak/Haque Zuhal, Hael Husaini bakal bergandingan bersama pelakon cantik Qasrina Karim sebagai Sameera.

Drama arahan Hadith Omar ini mempamerkan kemunculan perdana Qasrina sebagai heroin Mega Drama.

Turut menjadi tunjang utama drama ini merupakan hero kesayangan ramai, Nadhir Nasar yang membawa watak chef bernama Jamie yang juga dipamerkan sebagai seorang ‘suami syaitan’ kerana meninggalkan isterinya yang lumpuh.

Adakah para penonton akan membenci  Jamie atau sebaliknya seiring perjalanan roller coaster drama ini? My famous Ex-Boyfriend bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104). - 7KLIK


[KREDIT: Astro]

Post a Comment

0 Comments