Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Festival Seni Hidup 2023 serlahkan keunikan warisan budaya 13 negara

 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) kembali menganjurkan Festival Seni Hidup @Living Arts Culture Festival (LACF).

Acara unik itu bakal berlangsung pada 20–22 Oktober 2023, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, LACF menampilkan penglibatan  13 negara iaitu Malaysia, Argentina, Azerbaijan, Belarus, Filipina, India, Indonesia, Kazakhstan, Mauritius, Mexico, Republik Arab Mesir, Sri Lanka dan Uzbekistan.

Sebanyak 20 warisan budaya tidak ketara diketengahkan dengan 10 daripadanya tersenarai di bawah UNESCO seperti Mak Yong & Songket dari Malaysia, Chhau (India), Tango (Argentina & Belarus), Sega Mauritius Tradisional (Mauritius), Azerbaijani Mugham (Azerbaijan), Megkhambagu (Filipina), Korkyt Ata (Kazakhstan), Lazgi & Bakhshi (Uzbekistan).

Tidak ketinggalan kesenian dari Sri Lanka, Mexico, Indonesia dan Republik Arab Mesir.

Selain itu, para pengunjung boleh menyaksikan persembahan Sayau Moginum daripada etnik Tatana di Kuala Penyu, Sabah dan jSeladai daripada etnik Melanau di Sarawak yang buat julung-julung kalinya dipertontonkan di Semenanjung Malaysia.

Diikuti Piriang Injak Badarai dan Tapuak Gelembong (Indonesia), Pensol iaitu sejenis seruling hidung oleh Orang Asli Semai dan Mek Mulung (Malaysia), Tarian Rakyat Mexico (Mexico), tarian Pooja dan Gajaga Wannama (Sri Lanka). - 7KLIK



[KREDIT: JKKN]

Post a Comment

0 Comments