Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Selamat hari ulang tahun ke-7, Blackpink!!!

 

Oleh: AILEEN ADAM

SELAMAT ulang tahun ketujuh Blackpink! Tarikh 8 Ogos 2016 menjadi titik mula perjalanan dan debut mereka dalam industri Kpop sebelum mencipta kejayaan demi kejayaan sehingga ke hari ini.

Blackpink yang dianggotai oleh Jennie; 27, Lisa; 26, Jisoo; 28, dan Rose; 26, kini merupakan nama besar yang bukan hanya dikenali di Korea Selatan, mahupun negara-negara Asia Tenggara tetapi juga mendunia membelah benua. Blink ada di serata pelosok dunia.

Konsert jelajah BornPink Tour juga sukses di kesemua lokasi terpilih dunia termasuk Seoul Korea Selatan), Dallas, Houston, Atlanta, Hamilton, Chicago, Newark, Los Angeles  (Amerika Syarikat), London (England), Barcelona (Sepanyol), Paris (Perancis), Berlin (Jerman) dan Amsterdam (Belanda).

Diikuti Bangkok (Thailand), Hong Kong, Riyad & Abu Dhabi (UAE),  Kuala Lumpur (Malaysia), Jakarta (Indonesia), Manila (Filiphina), Singapore (Singapura), Melbourne & Sydney (Australia) dan Hanoi (Vietnam).

Tidak ketinggalan penampilan epik di pentas Coachella yang sememangnya menjadi memori yang sangat manis dan cukup membanggakan buat gadis-gadis manis pujaan ramai ini.

Blackpink mendunia!

Sempena ulang tahun debut mereka hari ini, media sosial dibanjiri dengan ucapan dan kata-kata semangat buat kumpulan wanita paling popular aal Korea Selatan ini. Tidak kurang foto dan video throwback kumpulan ini sejak awal penampilan mereka sehingga yang terkini.

Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose turut menitipkan ucapan sempena ulang tahun Blackpink yang ketujuh di laman Instagram masing-masing.


JENNIE 
"Years with @blackpinkofficial 🤍 I love us, I love Blackpink, I love Blinks."


LISA
"Happy 7th anniversary to me and my 3 amazing girls @blackpinkofficial. 7 is one of my favorite numbers and I hope this year will be a lucky one for us 💕. Love you girls and blinks so so much,"


JISOO
"Happy 7th anniversary. BLINK and BLACKPINK🖤💖. BLACKPINK is always in your area. LOVE YOU,"


ROSE
"Happy 7th year anniversary to Blackpink🤍.Thank you, Blackpink for being such a blessing in my life. I have really been able to experience everything and more than what I have ever dreamed of growing up as an aspiring artist.

"Thank you, thank you and thank you a thousand times. Blackpink, Blinks, Teddy, YG entertainment and everyone else who believed in @blackpinkofficial for the past seven years. My heart is so full. I cannot express my gratitude for every singe person who has been a part of this seven year journey with us four. 7…..!!!

"@blackpinkofficial is officially seven years old today.! And I am immensely proud of every single one of us. For making history. For always having so much fun and pride with what we do. Thank you to our blinks for trusting each and every one of us, all along. Happy 7th year anniversary, @blackpinkofficial. All my love, life and soul,"


Pun begitu, isu berkaitan status mereka bersama YG Entertertainment masih belum diumumkan meskipun kontrak Blackpink bersama agensi itu berakhir pada Ogos. Difahamkan ia hanya akan diumumkan pada September nanti.

Ketepikan segala spekulasi, terus berikan sokongan padu buat kumpulan Blackpink!!!   - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 












Post a Comment

0 Comments