DURIAN JADI TUMPUAN PERSAINGAN TERBAHARU TOM & JERRY




TAYANGAN perdana global episod pertama bagi siri terbaharu Tom and Jerry akan berlangsung hari ini di Cartoon Network (Astro Ch 615).

Dalam episod ini, duo kucing dan tikus kesayangan ramai akan meneruskan persaingan mereka dengan merentasi bandar, di mana mereka menemui durian, buah yang terkenal dengan bau yang kuat semerbak.

Dalam episod What’s That Smell, Tom dan Jerry terlibat dalam isu yang rumit mengenai aroma durian (buah yang disukai ramai, tetapi tidak semua orang pula).

Mampukah mereka merapatkan perbezaan mereka terhadap Raja Buah-buahan ini?

Episod ini juga boleh ditonton di YouTube melalui saluran Cartoon Network Asia. Sempena tayangan perdana ini dan menyambut Hari Kucing Antarabangsa pada 8 Ogos, saluran Cartoon Network telah diubah nama sementara sebagai Cat-Toon Network dan menampilkan lebih banyak kandungan siaran yang fokuskan kepada kucing pada bulan ini.

Dalam acara program istimewa ini, para peminat kucing (dan kartun) dapat menonton episod yang menampilkan karakter kucing kesayangan ramai dalam Looney Tunes Cartoons, The Amazing World of Gumball, Tom and Jerry in New York, Unikitty!, Teen Titans Go! dan siri yang lain. Acara istimewa ini berlangsung di Cartoon Network (Astro Ch 615) sehingga 18 Ogos.

Siri terbaru Tom and Jerry diterbitkan di Singapura dengan kerjasama Warner Bros. Animation.

Dalam siri yang terdiri daripada tujuh bahagian ini, pasangan kartun legenda ini meneruskan pengembaraan ke Singapura di mana mereka menjelajah kawasan perumahan jiran tetangga yang berwarna-warni, pencakar langit moden dan pengalaman bandar yang subur dengan alam semula jadi.

Tarikh-tarikh tayangan perdana untuk enam episod seterusnya dalam siri ikonik pertama akan diumumkan kemudian pada tahun ini.

Ikuti @CartoonNetworkAsia di laman sosial media untuk maklumat lanjut: Facebook | Instagram | YouTube.


[CREDIT: Cartoon Network]



Post a Comment

Previous Post Next Post