Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PART 2 A+Z THE SERIES, ZIVA MAGNOLYA LANCARKAN SINGLE MENANTI




PENYANYI berbakat, Ziva Magnolya kembali melancarkan single terbaharu yang berjudul Menanti, sekali gus menjadi bahagian kedua daripada projek A+Z The Series yang dimulakan dengan pelancaran lagu Tak Mungkin oleh KIM.

Menanti merupakan lagu hits yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Dea Mirella dan Kahitna. Kini di bawah naungan syarikat rakaman Universal Music Indonesia, lagu tersebut diberi nafas baharu untuk dijadikan sebahagian daripada rangkaian projek Yovie & His Friends yang disajikan dalam nuansa baharu serta versi segar, bercampur harmoni dengan karakter vokal Ziva yang khas.

Meskipun pernah dipopularkan lebih dari dua dekad lalu, lirik lagu Menanti masih sangat relevan dengan kisah cinta yang terjadi pada zaman sekarang. Bercerita tentang penantian yang tidak pasti akhirnya.

“Selalu diisi dengan janji-janji tapi pengakhirannnya masih sama degan yang lain. Kita ni menunggu, tetapi dibiarkan begitu saja,” ujar Ziva.


Berkongsi cabaran ketika merakam kembali lagu Menanti dengan olahan baharu dengan ciri khas vokal dimiliki,  Ziva mengakui ia bukan perkara mudah.

“Bukan mudah kerana lagu ini pernah popular sebelum ini tetapi setelah mencuba sehabis baik, saya jatuh cinta dengan hasilnya,” katanya.


Tanpa kehilangan gubahan khas muzik aslinya, penyanyi asal Indonesia itu mampu memberikan keunikan tersendiri pada lagu Menanti versi baharu itu melalui riff & runs. Susunannya kedengaran megah dengan harmonisasi beragam bunyian instrumen.


Muzik Video bahagian kedua daripada A+Z The Series

Menanti merupakan sambungan kepada A+Z The Series yang mengisahkan tentang drama Cinta antara Ziva Magnolya daengan Arsy Widianto.

Muzik video Menanti menjelaskan cerita yang tergantung di muzik video Tak Mungkin oleh KIM yang merupakan bahagian pertama dari A+Z The Series.

Karya tersebut dihasilkan oleh Nocturnal Projects, arahan Jessy Sylviani dan Bobby Adrian V. Semnetara lokasi penggambarannya juga di tempat sama dengan video muzik Tak Mungkin nyanyian KIM iaitu di Korea Selatan.

Dari segi konsep, muzik video Menanti sengaja diberi sentuhan visual drama Korea, daripada jalan cerita, sehingga ke tona warnanya.

Ending muzik video yang tergantung dalam setiap lagu dari project A+Z The Series dijamin akan membuat penonton tak sabar menanti sambungannya. Tambahan pula, mata penonton akan dimanjakan dengan keindahan kota berlatar belakangkan Korea Selatan.

Tonton muzik video Menanti di saluran YouTube rasmi Yovie Widianto dan lagunya sudah tersedia di semua platform penstriman digital sejak 11 Ogos 2023.






Post a Comment

0 Comments