Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Terlepas siaran di TV? RTMKlik kan ada..



SEIRING dengan perkembangan media baharu yang memberi impak besar kepada penyebaran maklumat kepada khalayak, RTM mengorak langkah dengan memperkenalkan web streaming TV dan Radio seawal tahun 1996 lagi. Mulai tahun 2012 perkhidmatan ini diperluaskan dengan penggunaan mobile streaming.

RTM membawakan program-program terbaik daripada enam saluran TV dan radio RTM yang boleh distrim atau dimuat turun secara percuma menerusi RTMKlik, sebuah platform digital bagi khalayak menonton kesemua kandungan RTM secara online.

Terdapat dua cara iaitu melalui laman web dan juga telefon pintar yang boleh didapati melalui Play Store, App Store atau App Gallery.

Melalui www.rtmklik.rtm.gov.my ini, penonton boleh menonton dan mendengar siaran TV dan Radio RTM di mana-mana sahaja secara online.

Saksikan kandungan yang disediakan Live Streaming (TV) termasuklah program TV kesukaan anda melalui TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan  RTM dan TV6.

Terdapat banyak pilihan program TV yang boleh anda nikmati menerusi RTMKlik termasuklah drama kemasyarakatan yang mempertemukan pelakon Puteri Sarah dan Azlee Khairi dalam drama 26 episod berjudul Saya Tunggu Awak, Cinta Yang Tertangguh (Luqman Hafidz, Sweet Qismina), Rindu Darul Iman (Nomad, Trisha Ooi, Nasha Aziz).

Diikuti pilihan telefilem seperti Aku Ingin Ke Syurga, Di Pangkuanku dan pelbagai judul lain yang mengangkat tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang diraikan sepanjang Ogos hingga September depan.   

Hiburan pula menawarkan program Bersama Dave, 6th Malaysia Golden Global Awards 2023, Konsert Ini Baru Bintang, Konsert Duo Legenda (Datuk Jamal Abdillah, Datuk M.Nasir), Bintang Kecil 2023, Retro@RTM dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan program-program seperti Panorama, Tapau Show, Cuit Sikit, Jangan Sentap, Pastikan Sahih, Bicara Naratif, Kanta 744, Biz Malaysia, Malaysia Tonight,  dan pelbagai program sesuai dengan perkembangan semasa juga berita terkini.

Sementara itu Live Streaming (Radio) turut menawarkan program kegemaran semua menerusi stesen Radio RTM seluruh negara merangkumi Nasional FM, Radio Klasik, Minnal FM, Ai FM, Traxx FM, KL FM, Asyik FM, VFM, Wai FM dan radio tempatan di setiap negeri.

RTMKlik juga menyediakan jadual rancangan TV yang bersiaran pada hari tersebut, sekali gus memudahkan penonton mengetahui program terbaik yang ingin ditonton.

Menuju ke arah pendigitalan yang semakin meledak, RTM akan meneruskan komitmennya untuk menyiarkan rancangan-rancangan radio dan TV yang berkualiti, bersesuaian dengan dasar-dasar kerajaan dan aspirasi negara, memenuhi citarasa penonton dan pendengar. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments