Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HINDARI KANSER, DOKTOR PAKAR KONGSI TIP DALAM DOKUMENTARI HOW NOT TO GET CANCER



MENCEGAH lebih baik daripada mengubati. Sesetengah orang daripada kita bernasib baik kerana dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat dari kecil hingga dewasa. Namun, itu tidak bermakna kita harus leka dan mengabaikan usaha untuk mengekalkan tubuh badan sihat.

Apabila usia meningkat, ketahanan badan akan menurun apatah lagi jika anda kurang mengamalkan gaya hidup sihat termasuk tidak bersenam, tidak mengambil pemakanan seimbang dan sentiasa mengalami tekanan hidup atau stres.

Ini termasuk yang berkaitan dengan kualiti hidup khususnya berat badan, tahap kesihatan seperti mencegah penyakit kanser, mengelakkan kanser berulang dan peningkatan kadar kesihatan setiap individu.

Mengelakkan kanser merupakan satu tindakan yang boleh dipelajari dan dikongsi. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sebuah dokumentari Inggeris penuh bermanfaat untuk semua berjudul How Not To Get Cancer mengisi slot World Watch mulai 14 November ini, setiap Isnin dan Selasa, jam 12.05 tengah hari di TV1.

Menerusi empat episod siarannya, dokumentari ini membantu meningkatkan kesedaran dan memberikan info mencegah kanser kepada orang ramai. Bersama-sama pakar bedah kanser iaitu Dr. Richard Babor memulakan perjalanan untuk mengetahui cara bagaimana mencegah kanser.

Empat faktor utama yang dikaitkan dapat menyumbang mengelakkan kanser termasuklah pemilihan pemakanan, gaya hidup, teknologi dan persekitaran. Dr. Richard Babor meneroka bagaimana diet kita boleh mencegah kanser.

Dia mengembara ke seluruh dunia untuk mencari diet tunggal terbaik untuk pencegahan kanser mendedahkan mitos Superfood dan melihat peranan obesiti dan pembedahan penurunan berat badan dalam pencegahan kanser.

Seterusnya Dr. Richard Babor berkongsi bagaimana pilihan gaya hidup kita boleh mencegah kanser. Satu daripada tiga daripada kita akan mendapat kanser pada satu ketika dalam hidup kita. Apakah yang diperlukan untuk memperbaiki kemungkinan tersebut?

Faktor teknologi pula menerangkan bagaimana teknologi boleh membantu kita mencegah kanser. Dia mendapati bagaimana teknologi IVF boleh menghentikan kanser daripada diturunkan melalui keluarga.

Dia mengetahui bagaimana anjing boleh menghidu kanser dan bagaimana kita boleh menggunakannya untuk pencegahan.

Akhir sekali Dr. Richard Babor meneroka bagaimana persekitaran kita boleh membantu kita mencegah kanser. Dia mengembara ke Okinawa rumah kepada orang tertua di dunia dalam usaha untuk mengetahui cara menua dan tidak mendapat kanser.


[KREDIT: RTM]







Post a Comment

0 Comments