Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GERAK KHAS UNDERCOVER MUSIM 2, LEBIH MENCABAR DENGAN AKSI MENDEBARKAN!



GERAK Khas Undercover musim kedua kembali dengan kes-kes jenayah yang lebih mencabar dan penuh dengan aksi mendebarkan.

Barisan pelakon hebat seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Datuk Aaron Aziz, Datuk Sri Eizlan Yusof, Datuk Rosyam Nor, Farid Amirul, C. Kumaresan, Sheera Iskandar, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim dan Elizabeth Tan tentunya membuatkan penonton terpaku di hadapan TV.

Drama bersiri penuh aksi lasak, Gerak Khas Undercover Musim 2 telahpun mula disiarkan pada 24 Jun lalu, setiap hari Jumaat, jam 10.30 malam.

Drama berbentuk penyiasatan dan kepolisian ini merupakan terbitan Skop Production dan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof, C. Kumaresan dan Faizal Yusof.

Ia mengisahkan tentang anggota undercover dalam menjalankan tugasan risikan dan penyamaran dalam menyelesaikan masalah kes jenayah yang berleluasa. Inilah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota ini bagi memastikan masyarakat kita sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Menerusi episod pertama dan kedua, pasukan unit khas yang dipimpin oleh ACP Zamri (Datuk Sri Eizlan Yusof) berusaha menjejak ketua sindiket pengedar dadah yang paling dikehendaki. Rita (Ruzana Ibrahim) telah menyamar sebagai gelandangan untuk mengumpul maklumat.

Sementara itu, Zaki (Datuk Aaron Aziz) dan Hafiz (Raja Afiq) pula hampir terkena tembakan curi daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Berkat kerja berpasukan dan penyamaran itu, pasukan undercover ini berjaya menangkap Bob Tompo, ketua sindiket tersebut dan dia juga yang telah menembak Zaki dan Hafiz.

Episod minggu ini semakin menarik bertajuk Proksi. Ia mengisahkan tentang seorang suspek lelaki (Nordin Ismail) berjaya melarikan diri dengan bantuan rakannya ketika serbuan polis, namun ia menjadi tanda soal kerana polis menemui mayat suspek tidak jauh dari lokasi serbuan dengan dua kesan tembakan.

Pasukan undercover mendapat maklumat tiga suspek lelaki mempunyai hubungan dengan si mati. Kumar (C. Kumaresan) dan Lim (Farid Amirul) diarahkan membuatkan penyamaran bagi mengesan aktiviti jenayah itu. Tisya seorang usahawan wanita kini dipantau oleh pihak polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan Nordin kerana dia dilihat berjumpa dengan si mati sebelum kejadian.

Pada masa yang sama, berlaku konflik antara ASP Zaki dengan Inspektor Hafiz, atas kecuaian Hafiz dalam menjalankan tugas. Ini membuatkan hubungan mereka berdua semakin renggang. Mampukah Hafiz menembus kesilapanya dan berjayakah pasukan undercover dalam membongkar sindiket jenayah yang berluasa?

Semuanya terjawab dalam Gerak Khas Undercover musim 2 pada setiap jumaat, 10.30 malam hanya di TV3.


[KREDIT: TV3]














Post a Comment

0 Comments