Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RTM PERKENAL BUAL BICARA INGGERIS TERBAHARU, TALK TO TERRENCE



PROGRAM bual bicara terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Talk To Terrence yang membincangkan topik dan isu-isu semasa bersama dengan tetamu dari pelbagai bidang bersiaran setiap Sabtu, pukul 11 pagi di TV2.

Menampilkan personaliti popular Terrence Dass sebagai hos, program bual bicara berbahasa Inggeris ini menjadi platform untuk tetamu menonjolkan ideologi positif yang mampu membimbing orang lain memacu kejayaan dalam pelbagai bidang.

Sepanjang satu jam bersiaran, program ini membawakan perkongsian topik semasa dan berat dengan cara yang santai selain turut berkongsi kejayaan dan pengalaman positif tetamu undangan bersama dengan penonton.

Dalam episod minggu ini, 11 Jun, jam 11 pagi di TV2, Terrence mengundang dan bersua dengan tetamu Johnson Lam, pengasas KakiDIY mengupas topik Hi Tech: Smart Scale.

Seterusnya dalam topik The Obesity Epidemic pula menjemput tiga panel terdiri daripada Josephine Yeong (1st IFBB Pro Bikini Bodybuilding Athlete In Malaysia, Best Pilates Trainer in Malaysia & Asia 2021), Zoraya Vadillo (jurnalis dan jurulatih kesihatan) juga Brian Lee (Pengasas Likemedia).

Usah ketinggalan menyaksikan siarannya pada 11 Jun ini, jam 11 pagi di TV2 dan ulangannya pada hari sama pukul 9 malam menerusi Saluran Berita RTM.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments