Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Debaran siapakah Juara Pertandingan Dikir Barat 2022



DALAM debaran menantikan malam kemuncak menobatkan siapakah di antara dua kumpulan yang dijulang sebagai juara Pertandingan Dikit Barat 2022, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Hiburan TV RTM menerbitkan dua episod program khas.

Disiarkan pada 11 Jun ini, jam 9 malam di TV2, penonton berpeluang berkenalan dengan Kumpulan Sirat Maharaja pula setelah dalam episod pertama yang disiarkan pada 4 Jun lalu berkongsi info kumpulan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan iaitu Sound Creative. 

Sama-sama ikuti kisah pengalaman dan perjalanan Kumpulan Sirat Maharaja ditubuhkan tahun 2014 dari Bachok, Kelantan ini sepanjang berada dalam Pertandingan Dikit Barat 2022.

Bermula daripada sesi saringan hingga sampai ke peringkat separuh akhir. Penonton juga dapat berkongsi perasaan dan persiapan mereka menjelang peringkat akhir yang berlangsung pada 18 Jun depan jam 9 malam di TV2.

Kumpulan Sirat Maharaja yang hadir dengan motto kumpulan Memacu Kejayaan Bersama menjanjikan pesaingan yang hebat.

Kumpulan yang mengagumi Juara Daud 7 dan Cikgu Naim (Tukang Karut) ini pernah merangkul pencapaian selaku Johan Bioteknologi (2016), Johan Dikir Dakwah (2017), Johan Dikir Belia (2018), Johan Bas Mutiara (2018), Johan Dikir Dakwah (2018), Johan Bioteknologi (2019), Naib Johan Hari Sains Sedunia (2019), Johan Anti Rasuah Anjuran JKKN & SPRM (2019) dan Johan Dikir Barat Warisan (2021).

Baik Kumpulan Sirat Maharaja mahupun Sound Creative, kedua-duanya telah mempamerkan kecemerlangan mereka sejak peringkat suku akhir pada 21 Mei lalu hingga bakal beraksi di peringkat akhir.

Mengekalkan gandingan hos Issey Fazlisham dan Jeed Zulkifli, penonton dijanjikan persembahan hebat artis undangan yang dijemput memeriahkan pertandingan ini.

Lima juri profesional dipilih bakal mengadili persembahan kumpulan bertanding ini dengan tema yang akan diumumkan.

Menariknya setiap kumpulan juga akan diberikan tugasan khas yang bakal mencabar kredibiliti Tok Jogho dan Tukang Karut mereka.

Sama-sama kita nantikan debaran peringkat akhir  Pertandingan Dikir Barat 2022 pada 18 Jun depan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. - 7KLIK


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments