ERNIE & SYAMEL, KAKA AZRAFF DAN DATUK JAMAL ABDILLAH TERIMA HADIAH ISTIMEWA SEMPENA 22.02.2022


TARIKH 20.02.2022 sememangnya satu tarikh yang cantik dan menjadi pilihan ramai orang untuk mencipta kenangan manis pada hari ini.

Tidak terkecuali pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri & Syamel, Kaka Azraff dan Datuk Jamal Abdillah yang masing-masing menerima kehadiran insan istimewa pada tarikh ini.

Ernie Zakri, 30, selamat melahirkan cahaya mata sulung yang juga merupakan seorang perempuan sekitar jam 10.14 pagi Selasa.

"Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14am tadi. Doakan kesihatan kami berdua," tulisnya dalam perkongsian di laman Instagram.



Sementara itu, pelantun lagu Gila, Kaka Azraff, 33, pula berkongsi berita gembira selamat menimang cahaya mata kedua lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara tengah malam tadi.

“Syukur pada Allah SWT. Secara rasminya saya kini ibu kepada dua orang cahaya mata,” katanya dalam satu ciapan di laman Twitter.


Tidak ketinggalan Datuk Jamal Abdillah, 63, yang berkongsi berita sama apabila menyambut kelahiran cahaya mata kelimanya yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani sekitar jam 2.27 petang tadi.

"Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh. Aamin. Alhamdulillah selesai semua. Gementar sehinggakan azan pun tersasul. Terima kasih semua," kongsinya di Instagram.


Tahniah daripada kami di 7Klik, semoga kehadiran cahaya mata ini menambahkan seri dalam rumah tangga.


[KREDIT: Instagram & Twitter Ernie Zakri, Kaka Azraff dan Datuk Jamal Abdillah]




Post a Comment

Previous Post Next Post