Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Solo Traveller, Travelog terokai keunikan Sabah


KEMBARA melalui hutan hujan tropika terbesar di Asia, mendaki kearah puncak tertinggi di Malaysia, kenali flora dan fauna yang hanya wujud di hutan belantara Borneo. Kagumi vista indah sepanjang Banjaran Crocker. Rasai iklim berbeza dan kehidupan unik di pinggiran Gunung Kinabalu. 

Alami pengembaraan solo ke setiap pelusuk negeri Sabah bersama hos Dewi Liana Seriestha dalam program travelog terbaharu Solo Traveller mulai 2 Januari lalu, setiap Ahad, jam 12 tengah hari di TV Okey.

Saksikan keseluruhan 13 episod pengembaraan mengasyikkan ke dalam nadi kehidupan sebuah negeri yang dipenuhi kepelbagaian ini. Pada masa sama resapi dan alami maksud penuh Negeri Di Bawah Bayu dalam program ini.

Travelog berbahasa Inggeris ini turut membawakan kepada penonton mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai komuniti manusia dari yang membina kehidupan di pinggiran sungai ke mereka yang berpegang teguh pada tradisi nenek moyang mereka.

Ikuti kehidupan serta lumrah harian mereka yang dipenuhi usaha gigih, keringat dan kegembiraan.

Episod pengenalannya Dewi mengembara ke Tamparuli yang terletak di Tuaran di Timur Laut Sabah dan kira-kira 45 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Tempat ini terkenal dengan jambatan gantung legenda yang menurut beberapa cerita menarik di sebaliknya.

Di sebalik mitos ini juga terdapat kisah yang penuh dengan percintaan, tugas dan tragedi. Seterusnya mengunjungi Bukit Kokol merupakan salah satu tapak yang paling menakjubkan di Malaysia. Anda akan berasa seolah-olah anda berada di hujung dunia di sini. Pemandangan di sana telah menjadikannya sebagai tempat tumpuan global.

Seterusnya menuju ke Kota Belud dan menantikan keajaiban unik dan tarikan tempatan yang hebat. Antara sebab utama ke Kota Belud adalah untuk melihat proses pembuatan parang oleh masyarakat Bajau di Kampung Siasai.

Dewi terus ke Pulau Mantanani yang terkenal. Kini tidak ramai yang mengetahui perkara ini, tetapi antara keunikan Kota Belud ialah The Blue Tears of the bio-luminescent sea of Mantanani Island atau lebih dikenali sebagai Pulau Mermaid.

Berikutnya Dewi memulakan kembara ke Kudat pada asalnya didiami oleh orang Kadazan-Dusun atau dikenali Momogan Rungus. Budaya seni mereka yang kaya adalah berwarna-warni hari ini seperti beratus-ratus tahun dahulu. Mereka juga terkenal dengan tarian dan gong mereka. Orang Rungus juga mahir dalam bahasa tersusun, kesusasteraan lisan dan suku yang berbudaya dan berseni.

Beberapa lagi lokasi yang turut menjadi pilihan program ini termasuklah di Sandakan (Sepilok Santuary, kenali monyet unik Proboscis, Pulau Turtle, Sungai Kinabatangan), Lahad Datu (Tabin Wildlife Reserve), Tawau, Semporna (Pulau Mabul, Pulau Sipadan), Sapulot–Tenom dan Kundasang.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan RTM mobile. - 7KLIK


[KREDIT: RTM]









Post a Comment

0 Comments