Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SLOT FOODIE OKEY UNTUK PECINTA MAKANAN


RADIO
Televisyen Malaysia (RTM) mengambil kesempatan untuk berkongsi tiga program terbaharu menarik yang bakal menyajikan pelbagai jenis masakan dan resipi untuk santapan anda sekeluarga. Sudah pasti anda terutama dalam kalangan pencinta makanan teruja, bukan? 

Mengisi slot Foodie Okey menerusi saluran TV Okey, ikuti siaran program bermula dengan 123 Masak mulai 2 September, setiap Khamis dan Jumaat, jam 12 tengah hari, Wake & Bake mulai 4 September, setiap Sabtu dan Ahad, jam 12 tengah hari dan Cef Insta mulai 26 September, setiap Ahad, jam 8 malam.

Sedang bersiaran menemui penonton TV Okey, program 123 Masak membawakan kepada anda sebuah program masakan berkonsepkan realiti dimana dua orang selebriti akan bertarung menyediakan masakan mengikut arahan diberikan oleh hos Cef Fikri.

Saksikan pelbagai gelagat selebriti jemputan dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Antara artis yang terlibat memeriahkan program ini termasuklah ialah Liyana Jasmay, Mustakim Bahadon, Lukman Hafidz, dan Tash Yong.

Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa kek yang dibakar di rumah seringkali tidak menjadi sebaliknya pula dengan kek yang dihasilkan oleh kafe terkenal sedap dan menarik? Bagaimana pula cara membakar kek yang tepat dan menghasilkan kek berkualiti?

Ikuti perkongsi hos Mahirah Khan dalam program Wake & Bake yang pastinya turut memperkenalkan anda kepada beberapa pemilik kafe untuk berkongsi kisah kejayaan mereka. Malah rancangan masakan ini juga turut berkongsi cara dan tip penyediaan kek dan pastri bersama tetamu jemputan yang diundang.

Sementara itu dalam program Cef Insta pula berkongsi pertandingan masakan yang memaparkan kepakaran beberapa cef yang terlibat menyediakan pelbagai masakan. Bersama pengacara cantik Sharifah Sakinah, program 13 episod ini turut mengundang artis Intan Ladyana, Dynas Mokhtar, selain turut menampilkan Cef Datuk Fazley Yaakob dan Cef Datuk Ismail.

Saksikan siarannya bila-bila masa dan dimana sahaja menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



[KREDIT: RTM]






Post a Comment

0 Comments