Hot Posts

6/recent/ticker-posts

18 PUASA DI KAMPONG PISANG CATAT KUTIPAN RM5 JUTA SELEPAS 7 MINGGU DI ASTRO FIRST



SELEPAS 7 minggu ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, filem arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta!

Filem tersebut masih mendapat sambutan memberangsangkan. Francais Kampong Pisang terus merancakkan platform Astro First dengan satu lagi kejayaan daripada kesinambungan francais terbaharu iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang juga mencatat kejayaan kutipan RM1 juta walaupun hanya dalam tempoh empat hari ditayangkan.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, meluahkan rasa syukur atas kejayaan itu.

“Alhamdulillah, francais tersebut mendapat sambutan hangat dan ia terbukti apabila filem 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM5 juta dan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa mencatat RM1juta dalam masa empat hari ditayangkan.

"Terima kasih kepada pengarah Mamat Khalid, para pelakon dan produksi Enjit-Enjit Semut yang telah menghasilkan karya yang dilihat terus berjaya memenangi hati penonton.

"Kami harap dengan kejayaan ini, ia mampu menarik perhatian penonton yang masih belum menontonnya untuk melanggan dan menikmati hiburan dan terus kekal berada di rumah.

"Platform Astro First adalah pilihan terbaik buat penonton untuk menyaksikan filem tempatan terbaharu yang menampilkan variasi genre filem seperti seram, komedi, muzikal, drama, romantik dan banyak lagi buat penonton. Terus kekal berada di rumah dan sama-sama kita putuskan rantaian penularan Covid-19,” katanya.


18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Saksikan filem lakonan Bell Ngasri, Namron, Jaafar Onn, Siti Elizad, Kazar Saisi, Mat London, Joey Daud dan ramai lagi yang kini masih berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Selain itu, penonton juga boleh menonton filem-filem lain seperti Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, Dekatnya Cinta, Penunggang Agama, Karnan, Sulthan dan banyak lagi di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.


[KREDIT: Astro Shaw]




















Post a Comment

0 Comments