Hot Posts

6/recent/ticker-posts

“Saya pun tak tahu macamana boleh kena,” - Apreena Manrose positif Covid-19



SEORANG demi seorang artis dijangkiti Covid-19 dan yang terbaru, pelakon Apreena Manrose memaklumkan dirinya juga disahkan positif.

Menerusi laman Instagramnya hari ini, Apreena memaklumkan tentang berita yang disangkanya itu.

"Salam semua, ramai yang nak tahu keputusan saya buat swab test haritu. So here it is, saya memang sejenis 'penakut' tapi lagi takut bila tahu result saya positive.

"Saya pun tak tahu macam mana boleh kena tapi kronologi nya saya akan cerita di IG story. Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu Emma ada buat swab test dekat rumah, then i terus minta contact. Thank you @emma_maembongofficial and @kumpulan_megaklinik_zahran for your good service. 

"The next day saya terus buat swab test di rumah saya dan agak terkejut bila tahu diri ni positive. Tapi setelah mendengar nasihat doktor & kak long dari @kumpulan_megaklinik_zahran , saya rasa nak share cerita ni pada u all," katanya.

Apreena juga menasihati orang ramai agar lebih bertanggungjawab dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"To all of u yang senasib dengan saya, stay calm and always be positive. As we know kes semakin meningkat, posibility untuk kita dijangkiti sangat tinggi. 

"Kepada rakyat Malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab follow SOP yang ditetapkan.

"Pesakit Covid bukan penjenayah, kalau korang rasa ada symptoms tampilkan diri buat saringan atau berkurung di rumah selama 10 hari. Jika tidak, mungkin korang boleh spreadkan lagi virus tu. 

"We can fight this together, insya-Allah. Thank you to all my close friends and family yang sentiasa mendoakan. Love you all. #kitajagakita #staysafe #Allahjagakita," ujarnya. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments