11 Jan 2021

DENGARKAN PLAYLIST PILIHAN ANDA DIMAINKAN DI RADIO SURIA FM



MENERUSI kempen Playlist Pilihan Di Suria bermula pada 11 Januari ini, pendengar boleh berkongsi playlist pilihan mereka yang mengandung pelbagai genre berbahasa Melayu, Inggeris, Korea dan Hindi dan campuran lagu hit 90-an hingga terkini untuk dimainkan di radio Suria FM. 

Pendengar hanya perlu berkongsi senarai lagu pilihan mereka di akaun media sosial peribadi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok menggunakan template ‘Playlist Pilihan Di Suria’ yang boleh didapati daripada media sosial dan laman web Suria Malaysia berserta slogan “Saya memilih playlist ini kerana ………………”. 

Playlist dan slogan terpilih akan dimainkan di radio Suria FM bermula 18 Januari, jam 8 pagi sehingga 22 Januari, jam 10 malam. 

Playlist Pilihan Di Suria ini akan dimulakan dengan Playlist Pilihan Selebriti dimana seramai 20 orang selebriti popular akan memberikan playlist pilihan mereka sendiri untuk dimainkan di radio. 

Untuk Playlist Pilihan Selebriti yang pertama, dengarkan playlist pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza sempena ulang tahun kelahiran beliau pada 11 Januari ini, jam 8 pagi menerusi segmen Team Pagi Suria. 

Dengarkan pula playlist pilihan daripada selebriti seperti Azzam Sham, Naim Daniel dan Misha Omar di segmen berikutnya Gaya Suria (10.00 pagi), Suria Petang (6.00 petang) dan Suria Cinta (10.00 malam). 

Antara selebriti lain yang akan berkongsi playlist pilihan mereka adalah Nabila Razali, Syamel, Erni Zakrie, Wany Hasrita, Aina Abdul, Iman Troye, Ara Johari, Andi Bernadee, Sufian Suhaimi dan ramai lagi. 

Dengarkan Suria menerusi frekuensi di kawasan anda atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia untuk mengetahui playlist selebriti manakah yang menepati citarasa playlist anda. 

Jika anda rasa playlist anda lebih baik daripada ‘playlist’ 20 selebriti popular ini, kongsikan playlist pilihan anda sekarang dan dengarkan playlist anda dimainkan di radio bermula 18 Januari ini. 

Dapatkan cara-cara serta terma dan syarat penyertaan di media sosial Suria Malaysia dan laman web Suria.my. 


[KREDIT: Suria FM]

Tiada ulasan:

Catat Komen