1 Jan 2021

AYDA JEBAT, NABIL MAHIR SELAMAT DIIJABKABUL


PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat, 29, selamat disatukan dengan pengacara Nabil Mahir, 33, sebagai pasangan suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, petang Jumaat.

Pada majlis yang berlangsung sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu, Nabil menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan tujuh dulang hantaran. 

Sementara pihak pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran. Bagaimanapun wang hantaran tidak didedahkan atas persetujuan kedua belah pihak keluarga.

Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing dan sepakat mengadakan majlis pertunangan secara atas talian ketika dalam pelaksanaa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 28 April lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan