2 Dis 2020

JKKN SABAH SEMARAKKAN SENI BUDAYA DALAM NORMA BAHARU MELALUI PROGRAM ATAS TALIAN



AKIBAT daripada Pendemic COVID-19 yang telah melanda negara dan dunia, banyak aktiviti seni budaya merangkumi penyemarakkan, pemeliharaan dan pemuliharaan terpaksa dibatalkan. 

Perancangan JKKN Sabah untuk mengadakan pelbagai aktiviti secara fizikal seni budaya di peringkat kampung, daerah, negeri dan kebangsaan juga terkesan dan terpaksa ditangguhkan atas nasihat serta saranan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Kesan daripada pendemik ini juga sumber pendapatan pengiat-pengiat seni budaya juga turut terjejas bagi mereka yang menjalankan aktiviti seni budaya secara separuh dan sepenuh masa.

Bagi meneruskan penyemarakkan seni budaya di seluruh negeri JKKN Sabah telah mengadakan pelbagai aktiviti seni budaya berkonsepkan norma baharu melalui atas talian sama ada secara langsung mahupun rakaman. Program ini telah disiarkan di platfom media sosial JKKN Sabah seperti Facebook dan YouTube. 

Kini JKKN Sabah sedang mengadakan program atas talian iaitu Live@JKKN Sabah yang berbentuk bual bicara pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi yang disiarkan secara langsung di Facebook JKKN Sabah. 

Keunikan yang ingin dipaparkan dalam program ini ialah perkongsian ilmu dan maklumat mengenai seni budaya khususnya di Sabah. Live@JKKN Sabah juga bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat seni budaya dengan menggunakan konsep teknologi digital. 

Para penggiat seni, aktivis seni, tokoh seni, pensyarah dan pakar rujuk seni budaya akan diundang bagi berkongsi pengalaman, pendapat dan menjawab persoalan-persoalan dari pengunjung FB Live@JKKN Sabah mengenai isu-isu seni budaya yang dibincangkan pada hari tersebut. 

Selain daripada itu, Live@JKKN Sabah juga turut mempromosikan produk-produk seni budaya berbentuk bahan terbitan, makanan tradisional, kraftangan dan sebagainya. 

Program ini boleh ditonton dan disertai secara interaktif bukan sahaja untuk penduduk negeri Sabah malah seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui keunikan seni dan budaya yang terdapat di negeri Sabah.

Bagi program penyerlahan bakat dalam tarian, muzik, nyanyian, lakonan dan deklamasi puisi, JKKN Sabah juga mengadakan program dalam talian iaitu Konsert Bakat Online yang disiarkan secara langsung pada setiap Sabtu pukul 9 malam di Facebook JKKN Sabah. 

Penyertaan bakat-bakat yang dikumpulkan bukan sahaja tertumpu kepada penduduk negeri Sabah malah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menyerlahkan bakat masing-masing. 

Setiap penyertaan tidak dikenakan bayaran dan peserta hanya perlu menghantar rakaman video persembahan yang berdurasi kurang 5 minit melalui email jkknsabah@gmail.com atau aplikasi telegram 01165630188. 

Setiap video persembahan yang mengikut syarat dan terpilih akan disiarkan disiaran dalam Konsert Bakat Online. Program ini bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat Malaysia berkarya menggunakan platform digital dalam pengamalan norma baharu. 

Program ini telah berlangsung sebanyak 4 minggu dengan 50 penyertaan dari seluruh Malaysia yang memaparkan bakat-bakat yang unik dan menarik. Program ini masih menerima penyertaan dan syarat-syarat penyertaan boleh didapati di Facebook JKKN Sabah atau boleh menghubungi JKKN Sabah di talian 088-237051/52. 

JKKN Sabah berharap platform yang disediakan dalam memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni, aktivis dan seluruh rakyat Malaysia dapat manfaatkan sebaiknya. 


Bersamalah kita meluangkan masa menonton dan berinteraksi di dalam program atas talian JKKN Sabah bagi memastikan seni dan budaya di Sabah dan Malaysia amnya akan terus disemarakkan dan dipelihara. JKKN Sabah juga berharap lebih banyak penyertaan yang akan dihantar bagi memeriahkan lagi aktiviti seni dan budaya Malaysia.


[KREDIT: JKKN Sabah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan