Hot Posts

6/recent/ticker-posts

VROOM VROOM BERSAMA ELIZABETH TAN


PENYANYI dan pelakon cantik Elizabeth Tan yang selesa dipanggil Lizzy bakal muncul sebagai watak utama dalam telefilem menonjolkan kisah cinta gadis litar berjudul Gads Vroom Vroom disiarkan RTM pada 10 Julai ini, jam 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2.
  
Menerusi telefilem diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd ini, kemampuan Lizzy diuji dengan kebolehannya membawakan watak Sarah, gadis yang lasak dan memerlukannya beraksi di litar sebagai pelumba kereta profesional.

Bergandingan dengan watak utama lelaki dikenali sebagai Ray lakonan Dazrin Kamaruddin, Lizzie menjelmakan dirinya sebagai watak Sarah yang tanpa sengaja ditawarkan menyertai pasukan Ray Racing Academy.




Situasi itu berlaku selepas Ray, seorang bekas pelumba profesional secara tidak sengaja melihat cara pemanduannya yang ketika itu sedang dalam kecewa kerana putus tunang. 

Konflik bermula selepas Sarah menyertai pasukan tersebut dimana pelbagai syarikat berminat untuk memberi penajaan. Namun pada masa sama Sarah terpaksa berhadapan dengan perasaan cemburu Lisa lakonan Nazeera Sardi yang merupakan rakan sepasukan dan juga tunang kepada Ray.

Lalu siapakah yang menjadi pilihan hati Ray? Bagaimana Sarah berdepan dengn situasi tersebut dan apakah tindakan yang diambil dirinya untuk tidak mengecewakan hati orang disekelilingnya?  Telefilem ini turut dibintangi oleh Mustaqim Bahadon, Wanna Ali, Amai Kamaruddin dan ramai lagi. 



GADIS VROOM VROOM
Bahasa: Melayu
Tarikh Siaran: 10 Julai 2020
Hari: Jumaat 
Masa: 9.30 Malam 
Saluran: TV2  
Terbitan: RTM         
Pelakon: Elizabeth Tan, Dazrin Kamaruddin, Mustaqim Bahadon, Wanna Ali, Amai Kamaruddin



[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments