Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kecoh bila team Pagi Suria jumpa team Suria Petang



MENJADI yang terbaik merupakan misi setiap kumpulan dan itulah misi Team Pagi Suria dan Suria Petang sehinggakan mereka perlu berperang. Bukan perang darah, tetapi perang dalam cabaran Coklat War – sebuah video digital keluaran Suria FM sempena Hari Coklat Sedunia pada 7 Julai ini.  

Istimewa untuk Hari Coklat Sedunia ini, penyampai Team Pagi Suria, Issey, Ajak dan Fizi Ali akan berentap bersama penyampai Suria Petang, Rara, Tyzo dan Suraya dalam cabaran Coklat War dimana mereka perlu membuat Bebola Coklat Truffle dengan hanya diberikan arahan ringkas dari pakar coklat, Chef Amer. 





Tanpa demonstrasi daripada Chef Amer, kedua-dua kumpulan diuji tahap ingatan mereka dan mengingati langkah-langkah membuat Bebola Coklat Truffle seperti yang diajar Chef Amer.  

Dapur Akademi Chef Amer kecoh dengan gelagat Team Pagi Suria dan Suria Petang yang sibuk menonjolkan kehebatan masing-masing membuat Coklat Truffle di hadapan Chef Amer yang akan menjadi juri kepada hasil akhir Coklat Truffle mereka. 

Apakah hasil akhir Coklat Truffle Team Pagi Suria dan Suria Petang? Jadi atau tidak? Dan siapakah yang akan menjuarai cabaran Coklat War ini? - 7KLIK


[KREDIT: Suria FM]

Post a Comment

0 Comments