Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ON AIR DI KOOL



PIHAK Kool FM mengambil inisiatif untuk melancarkan satu kempen iaitu On Air Di Kool bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk merasakan pengalaman ke udara di corong radio walaupun di mana sahaja anda berada. 

Selaras dengan bakat-bakat yang muncul sepanjang pelaksanaan PKP mahupun PKPP, Kool FM merasakan inilah masa yang paling sesuai untuk mencungkil bakat orang ramai di mana mereka boleh menggunakan saluran digital yang ada untuk menonjolkan bakat mereka untuk ke udara di corong radio. 

Pencarian bakat On Air Di Kool ini akan bermula pada 17 Jun 2020. Mereka yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Kool FM dan berpeluang mengendalikan satu segmen pada hujung minggu selama 1 jam. 

Penyertaan On Air Di Kool boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Kool FM dan menghantarkan demo rakaman audio berpandukan skrip yang disediakan di www.koolfm.com.my .

Oleh itu, orang ramai yang ingin menonjolkan bakat mereka ke udara di corong radio amat digalakkan untuk menyertai kempen ini walaupun di mana sahaja anda berada dengan memanfaatkan teknologi yang ada.



[KREDIT: Kool FM]

Post a Comment

0 Comments