5 Feb 2020

TERKEJUT TAK? KEJUTAN SELEBRITI RAIKAN PENGANTIN


PROGRAM realiti yang memberi kejutan kepada pasangan pengantin dan tetamu dengan kehadiran selebriti bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka antara pilihan terbaik dijanjikan RTM menerusi saluran TV Okey, setiap Sabtu, pukul 10.00 pagi.

Dalam program diberi tajuk Terkejut Tak?, elemen mendebarkan kepada semua termasuk penonton ini realitinya sukar dijangka kerana kemunculan artis selebriti undangan dalam setiap episod menyamar sebagai penanggah, penari atau sebagai tetamu majlis. Artis undangan tersebut kemudian menghiburkan tetamu dengan persembahan mereka.

Hos Juzzthin bersama-sama dengan salah seorang pasangan pengantin atau saudara mereka secara rahsia bakal membuat kejutan di 13 lokasi berbeza dimana berlangsungnya majlis perkahwinan.  

Episod pengenalannya mereka ke Terengganu bagi menghadiri majlis perkahwinan Wani dan Aidil. Menariknya pada majlis tersebut hos bersama tetamu turut membantu majlis berinai, akad nikah dan rewang. Semasa majlis bersanding sebagai kejutan pengacara telah membawa pelakon dan pelawak Vicha dari kumpulan Saywho untuk membuat kecoh diatas pelamin. Rancangan diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh Vicha.


Seterusnya Juzzthin membawa penonton ke Bangi untuk majlis perkahwinan pasangan pengantin terpilih. Tok Dalang yang merancang elemen kejutan ini ialah pengantin perempuan dan abangnya. Mereka telah menjemput Kumpulan Drama Band untuk memeriahkan lagi majlis. Ahli kumpulan menunggu di dalam kereta sebelum dipanggil untuk menjadi penanggah. Ketika majlis persandingan mereka menghampiri pengantin dan membuat persembahan secara busking sambil menghiburkan semua tetamu.

Dalam episod berikutnya penonton berjalan di sekitar bandar Batu Pahat bagi merancang kejutan untuk majlis perkahwinan dengan artis jemputan Wani Syaz. Dalam rancangan ini hos turut terlibat semasa persiapan majlis nikah dan merewang. Dikampung ini menu istimewa ialah ubi kayu rebus dan sambal bilis. Wani ditempatkan di rumah jiran sebelah dan muncul ketika majlis bersanding untuk menghiburkan pengantin.

Untuk episod ini pengacara telah pergi ke Telok Panglima Garang, Kelang. Tok dalang yang merancang kejutan untuk pengantin perempuan ialah pengantin lelaki dan kakaknya. Untuk elemen kejutan, artis yang ditampilkan ialah Aiman Tino. Beliau menyamar sebagai penyambut tetamu mengiringi pengantin perempuan ke pelamin dan kemudian menghiburkan tetamu.

Untuk episod ini pengacara telah pergi ke Melaka bagi meraikan pasangan pengantin dari angkatan tentera untuk elemen kejutan dibuat oleh pengacara dan pengantin lelaki. Majlis diadakan di rumah pengantin lelaki di Taman Rambai Jaya. Penyanyi yang dijemput untuk membuat kejutan ialah Fareez Fauzi yang menyamar sebagai tetamu undangan. 




Berikutnya program Terkejut tak? membawa penonton ke Salak Tinggi. Pengantin perempuan, Suraya amat meminat Lan Solo dan sebagai kejutan pengantin lelaki telah menjemput Lan ke majlis resepsi mereka yang berlangsung di Dewan Perbandaran Sepang. Untuk mengelak dari dikenali, Lan hadir dengan memakai topi keledar. Dia kemudiannya membawa pedang dan menyerahkan pada pengantin untuk memotong kek, seterusnya menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu kegemaran ramai.

Episod seterusnya penonton dibawa ke Taman Medan yang masih melaksanakan kenduri kahwin secara gotong royong. Untuk majlis ini kedua mempelai dikejutkan dengan kedatangan Kugiran Masdo. Bagi mengelak dari dikenali, mereka memakai topeng memasuki khemah, dan kemudian membuat persembahan dipentas yang disediakan.

Dalam program ini penonton berpeluang menyaksikan adat perkahwinan kaum India dimana hos merancang kejutan dengan menjemput Sangeeta ke majlis tersebut. Di sebelah malam sebelum majlis kahwin, acara menyapu kunyit dilakukan bagi menambah seri muka dan tenaga positif kepada pengantin perempuan. Untuk mengejutkan tetamu, semasa memasuki dewan kepala Sangeeta ditutup dengan kain sari. Dia kemudian berjalan menuju ke meja pengantin dan mengajak mereka menari bersamanya.

Beberapa lagi episod nantikan kemunculan artis Tajul, Eddy Ashraf, Issey, Izzue Islam dan Fauziah Latif sebagai tetamu undangan dengan majlis resepsi pelbagai tema.

Tiada ulasan:

Catat Komen