15 Dis 2019

SHAZA BAE JUARA DEWI REMAJA EDISI 2019

[Shaza selepas dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2019]

PENCARIAN Dewi Remaja 2019 akhirnya terjawab apabila Shaza Bae, 24, dimahkotakan sebagai Dewi Remaja edisi terbaru pada episod kemuncak yang diadakan di Visual Three Studio, Sri Kembangan malam tadi.

Shaza  membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan peserta dari Kuala Lumpur itu menewaskan empat lagi finalis lain.

Adriana Ghafar, 21, berada di tempat kedua, diikuti Nynaa Harizal, 23, di tempat ketiga. Manakala Syamira Izzati, 22, dan Shatirah Amanda, 19, pula masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Dalam persaiangan itu juga, Sharlin memenangi kategori Dewi Kegemaran dan Nina Amin sebagai Dewi Inspirasi.

Barisan juri yang mengadili para peserta terdiri daripada Yusry Abd Halim dan Scha Al-Yahya selaku juri tetap, manakala Datuk Aznil Haji Nawawi dan Dr Soo Wincci sebagai juri jemputan.

Malam kemuncak Dewi Remaja edisi kali ini dihoskan oleh Amelia Handerson dan Kamal Adli.

Tiada ulasan:

Catat Komen