19 Dis 2019

PELAJAR KHAS UNIVERSITI LIM KOK WING TERIMA ANUGERAH FUTURE LEADERSHIP


BERGELAR Orang Kelainan Upaya yang pekak dan bisu, bukan penghalang buat graduan Limkokwing Universiti of Creative Technology dalam jurusan Degree in Creative Imaging in Digital Photography, Santa Bahadur A/L Bir Bahador, 31, dalam meraih keputusan cemerlang.

Mendapat CGPA 3.61 dan dianugerahkan Anugerah Future Leaderships, Santa menyifatkan kekurangan yang dihadapinya adalah pembakar semangat untuk terus berjaya.

“Antara cabaran terbesar saya sepanjang pengajian adalah komunikasi.“Saya berusaha sedaya upaya untuk memahami walaupun ada masanya saya tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah. 
“Begitupun, saya cuba berkomunikasi dengan pensyarah menerusi penulisan supaya dapat faham. Mereka juga berusaha keras dalam membantu saya,” kata Santa dengan bahasa isyarat ketika menerima anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putajaya (PICC), pagi tadi.

Santa turut berkata, pengalaman yang dilalui telah menjadikan dirinya mampu untuk berdepan dengan cabaran mendatang.

“Setiap kesilapan akan membuatkan kita belajar mengenai sesuatu yang baharu. Yakni, akademik merupakan kunci untuk menggapai kejayaan,” akhiri Santa.

Terdahulu anak kelahiran Kuala Lumpur itu berterima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan para pensyarah kerana telah menjadi nadi dalam kejayaan yang dikecapinya hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Komen