Hot Posts

6/recent/ticker-posts

APEX TAJUDIN, SANG JUARA MENTOR MILENIA 2019

[Apex bersama mentornya, Hazama]

PROTEGE Hazama, Apex Tajudin menamatkan persaingan di pentas Milenia 2019 dengan kenangan manis apabila dinobatkan sebagai juara.

Pada pentas akhir itu, Apex atau Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin, 23, menyampaikan dua buah lagu iaitu Merisik Khabar dan duet bersama Hazama menerusi medley Fantasia Bulan Madu serta Langit dan Bumi.

Kejayaan itu membolehkan sang juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah motor Benneili RFS 150i dan trofi.

Apex menewaskan tiga finalis lain yang tidak kurang hebat iaitu Aedy Kama yang juga protege kepada Black, Daus Husny (Ernie Zakri) dan Rika Riana (Stacy).

Semnetara itu, protege kepada Ernie Zakri, Daus Husny berada di tempat kedua, diikuti Aedy Kama (Black) tempat ketiga dan Rika Riana (Stacy) di tangga keempat. 

Juri profesional yang bertanggungjawab menilai kesemua peserta yang bertanding di pentas akhir ini terdiri daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet, selain Faizal Tahir sebagai juri jemputan.

Malam kemuncak Mentor Milenia 2019 berlangsung di Sri Pentas ‪2, Plaza Alam Sentral‬, Shah Alam itu dihoskan oleh Shuk Sahar dan Elly Mazlein.

Post a Comment

0 Comments