Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AHMAD IDHAM PENDEKKAN TEMPOH KONTRAK SEBAGAI CEO FINAS


DESAS desus berkenaan status dan kedudukan Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas akhirnya terjawab menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat FINAS.


Hulu Kelang, 9 Disember 2019 – Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menerima dan meluluskan permohonan daripada Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau kepada 10 Mac 2020 di atas sebab-sebab peribadi.

Justeru, FINAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad Idham di atas segala sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di masa hadapan.

Unit Komunikasi Korporat FINAS

9 Disember 2019

Post a Comment

0 Comments