Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Siaran digital Myfreeview percuma dengan dekoder DVB-T2


MEMANDANGKAN zaman transmisi TV analog sudah berakhir, rakyat Malaysia hanya boleh terus menonton siaran percuma jika mereka menerima transmisi daratan digital. 

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia digalakkan memasang dekoder DVB-T2 dan menyambungkannya ke set TV dengan antena frekuensi sangat tinggi (UHF) atau Televisyen Digital Bersepadu (IDTV) yang disediakan dengan penala digital sedia terbina. 

Dengan dekoder DVB-T2, para penonton, sama ada di kawasan luar bandar, pinggir bandar atau bandar dapat menyaksikan imej yang lebih tajam dan terang pada resolusi lebih tinggi serta mendengar audio yang berkualiti berbanding isyarat analog biasa. 

Di samping itu, penonton juga boleh mengikuti saluran myFreeview – jenama perkhidmatan Televisyen Digital Percuma (DTT) Malaysia. 

Buat masa ini, myFreeview menawarkan 14 saluran percuma termasuk TV1 (HD), TV2 (HD), TV Okey, RTM Sports HD, RTM Berita Ehwal Semasa (HD), TV3 (HD), CJ Wow Shop (Melayu), CJ Wow Shop (Cina), NTV7, 8TV, TV9, TV Al-Hijrah (HD), Bernama News Channel dan Astro Go Shop. 

Terdapat juga enam stesen radio termasuk Nasional FM, Traxx FM, Minnal FM, Ai FM, Klasik FM dan Asyik FM, yang pengguna boleh akses tanpa yuran langganan. Menerusi sambungan Internet, penonton boleh memanfaatkan perkhidmatan TV interaktif seperti beli-belah dalam talian, video atas permintaan dan fungsi rakaman video pada masa mendatang. 

Sebagai salah sebuah syarikat yang terlibat dalam pembekalan dan pemasangan set dekoder, Green Packet berkata permintaan untuk perantinya amat menggalakkan lebih-lebih lagi ekoran pemindahan daripada analog kepada digital dilakukan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan lepas. 

Green Packet berkata, 

“Kami sukacita untuk bekerjasama dengan Shopee di peringkat paling awal dan menyediakan bekalan set dekoder untuk dibeli oleh berjuta-juta pengguna Shopee.”

Secara umumnya, perkhidmatan siaran TV Digital yang menepati Konsep Kemakmuran Bersama yang didukung Kerajaan, membolehkan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan TV digital secara percuma, tanpa yuran langganan bulanan. Berikut ialah panduan langkah demi langkah untuk memasang dekoder: 

1. Pasang antena UHF (dalaman atau luaran) di lokasi yang sesuai.
2. Sambungkan kabel aerial UHF kepada pangkalan ANT IN di belakang dekoder.
3. Pasangkan kabel HDMI/RCA ke pangkalan di belakang dekoder dan sambungkan kepada televisyen. 
4. Sambungkan adaptor kuasa dan hidupkan (On) dekoder.
5. Tukar mod televisyen kepada HDMI atau AV bergantung pada kabel yang anda gunakan.

Pilih mod HDMI jika anda menggunakan kabel HDMI atau
Pilih mod AV jika anda menggunakan kabel RCA 

Green Packet ialah wakil penjual sah SKMM dan dekoder TV yang disahkan oleh SIRIM. Dekoder DVB-T2000 dijual di Kedai Rasmi Green Packet di Shopee pada harga RM109.90 sahaja di https://shopee.com.my/greenpacket. Untuk menyemak sama anda layak menerima dekoder TV myFreeview, sila layari https://www.myfreeview.tv/  - 7KLIK


[KREDIT: Shoopee]

Post a Comment

0 Comments