Shopee 8.8 Permudah Pembelian Produk Tempatan Dengan Penghantaran Hari Yang Sama


SAMBUTAN bulan kemerdekaan bukan sahaja membawa pelbagai tawaran menarik kepada pengguna, malah turut membuka lebih banyak peluang untuk menyokong jenama tempatan.

Seiring perubahan gaya hidup yang semakin mengutamakan kepantasan dan kemudahan, pengalaman membeli-belah dalam talian kini bukan lagi sekadar mencari harga terbaik, tetapi juga memastikan barangan dapat diterima dalam tempoh yang singkat.

Bersempena kempen 8.8 Jualan Merdeka, Shopee memperkenalkan pengalaman membeli-belah yang lebih pantas menerusi ciri Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini, membolehkan pengguna menerima pesanan pada hari yang sama menerusi pilihan Same Day Delivery atau Instant Delivery.

Bagi pesanan yang dibuat sebelum 12 tengah hari, pengguna boleh menikmati penghantaran pada hari yang sama, manakala pesanan sebelum 3 petang pula layak untuk pilihan Instant Delivery dalam tempoh sekitar empat jam.

Selain memudahkan urusan pembelian harian, kempen yang berlangsung sehingga 9 Ogos itu turut memberi tumpuan kepada jenama tempatan dengan pelbagai insentif serta tawaran istimewa.

Pengguna juga boleh menikmati Penghantaran Percuma Harian, di samping Baucar VIP bernilai sehingga RM8,800 sebelum kempen diteruskan dengan sambutan ASEAN Online Sales Day bermula 8 Ogos.

Kempen 8.8 Tampil Dengan Pelbagai Ganjaran

Sepanjang kempen berlangsung, pengguna berpeluang menikmati pelbagai ganjaran termasuk baucar diskaun harian sehingga 22 peratus (%), manakala baucar diskaun sehingga 88% pula ditawarkan secara eksklusif bermula jam 8 malam pada 7 Ogos dan sepanjang 8 Ogos.

Bagi ahli Shopee VIP, kempen ini turut menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk baucar bernilai sehingga RM8,800 untuk pembelian jenama tempatan seperti Russell Taylors, Love Earth Organic dan Montigo.

Ahli juga boleh menikmati baucar diskaun harian sehingga 30%, penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum serta penjimatan tambahan sehingga RM400 setiap Rabu VIP.

Bermula 7 Ogos, ahli Shopee VIP turut menerima akses awal kepada tawaran diskaun sehingga 50% sebelum pengguna lain, selain peluang mendapatkan baucar eksklusif yang menawarkan penjimatan sehingga RM1,000.

Sebagai nilai tambah, keahlian ini turut disertakan beberapa ganjaran gaya hidup seperti akses percuma selama tiga bulan ke The Star Digital, diskaun perjalanan di Trip.com serta akses Canva Pro selama tiga bulan bermula 8 Ogos.

Kempen kali ini turut dimeriahkan menerusi sesi Shopee Live yang berlangsung pada 30 dan 31 Julai serta 8 Ogos, dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

Hos seperti Mekyun, Sasi dan Sharina Richie akan mengendalikan pelbagai sesi interaktif termasuk demonstrasi produk, permainan serta temu bual eksklusif, di samping menawarkan baucar tambahan dan diskaun khas kepada penonton sepanjang siaran langsung.

Menjelang kemuncak kempen pada 8 Ogos, pengguna boleh menikmati beberapa tawaran istimewa seperti RM8 Knockout Deals, Shopee Lagi Murah Daily Shocking Sale dengan diskaun sehingga 50%, RM800 Knockout Vouchers serta 8.8 Voucher Drop yang ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.


Kempen ini turut diteruskan dengan ASEAN Online Sales Day (AOSD) bermula 8 Ogos, yang memberi peluang kepada pengguna meneroka lebih banyak pilihan daripada penjual tempatan dan serantau.

Selain jenama Malaysia seperti MILK Inc, Kita Shop Sabah dan TT Racing, pengguna juga boleh membeli-belah daripada penjual di negara ASEAN lain, sekali gus memperluaskan pilihan produk dalam satu platform. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments