LIPTON kembali sekali lagi dalam usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan hanya secawan teh. Dalam era modenisasi ini, kepesatan teknologi telah memacu gaya hidup manusia sejagat dan membataskan komunikasi harian terutamanya dengan kewujudan telefon pintar, mengakibatkan hubungan sesama keluarga dan teman diketepikan.
Sebagai negara yang pesat membangun, ia tidak mengejutkan apabila Malaysia mencatatkan penggunaan media sosial tertinggi di Asia Tenggara. Kajian menunjukkan bahawa 80% daripada populasi negara, menghabiskan masa 8 jam sehari secara purata di atas talian.
Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mendedikasikan sebahagian besar daripada hidup mereka di hadapan skrin telefon.
Hasil penemuan ini telah menginspirasikan kempen #KawBersama Lipton baharu yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim dalam kalangan rakyat Malaysia dengan hanya secawan teh.
Tradisi menikmati secawan teh merupakan salah satu tradisi yang telah lama dipraktikkan oleh rakyat Malaysia dari generasi ke generasi, dan setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menikmati waktu ini menjadikan ianya platform terbaik untuk memupuk hubungan yang berkualiti sesama keluarga.
"Di Lipton, kami percaya kenikmatan teh harus dinikmati bersama, dan Uncang Teh Lipton telah dicipta bagi memastikan kesempurnaan dalam setiap teko teh dapat dikongsi bersama keluarga tersayang.
Kami ingin memastikan pengguna kami dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti sama ada bersama teman rapat mahupun keluarga tersayang dan merasa kehangatan dalam setiap hirupan," kata Andreana Mah, Pengurus Kanan Jenama Lipton Malaysia.
Kempen ini bermula pada awal tahun ini dengan pembabitan selebriti terkenal Malaysia Amyra Rosli dalam satu siri iklan yang menyaksikan pelakon wanita tersebut bersama suami dan ibunya bagi membawa mesej #KawBersama dalam kehidupan.
"Kami sangat teruja dengan kolaborasi bersama Amyra Rosli kerana beliau merupakan duta yang sempurna untuk memegang watak sebagai ibu bapa moden yang berkerjaya dan berkeluarga, benar-benar memaparkan nilai-nilai yang diyakini Lipton," sambung Andreana.
Bagi menyemarakkan lagi semangat #KawBersama, Lipton telah melancarkan van kombi #KawBersama sempena Bulan Teh Tarik pada September ini. Van kombi bergerak mempunyai ruangan dimana pelanggan boleh beramah mesra sambil menikmati secawan teh dengan makanan ringan dan juga menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
Van kombi #KawBersama telah mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang bulan September dan mencapai 20,000 pengguna secara keseluruhannya.
Untuk maklumat lanjut tentang Lipton dan kemaskini berkaitan #KawBersama, kunjungi pautan https://www.facebook.com/LiptonMalaysia/
[KREDIT: Lipton]
0 Comments