24 Okt 2019

BMW SHORTIES 2019, JUMLAH PENYERTAAN FILEM PENDEK YANG TERTINGGI


BMW Group Malaysia telah merungkaikan pada hari ini bahawa program BMW Shorties telah menerima lebih daripada 130 penyertaan filem pendek bagi edisi tahun 2019, iaitu jumlah yang tertinggi direkodkan sejak ia diperkenalkan 13 tahun yang lalu untuk menjadi wadah kepada penemuan bakat-bakat tempatan dalam arena perfileman dan kandungan digital.

“Sejak kami mengorak langkah yang pertama, kami telah menyaksikan kemunculan bakat-bakat yang luar biasa bersama interpretasi yang menawan dan serba kreatif dizahirkan oleh mereka berdasarkan tema yang kami persembahkan pada setiap tahun. 
Pada tahun ini, kami telah menerima jumlah penyertaan yang tertinggi bagi pertandingan ini. BMW Shorties juga terus menawarkan sokongan kepada minda-minda kreatif di Malaysia yang turut berjaya melebarkan sayap mereka dengan menghasilkan karya mereka sendiri, serta meraih pengiktirafan di persada antarabangsa.  
Kami di BMW Group Malaysia berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada proses ini, bakat-bakat tempatan diperkasakan agar mereka dapat mengejar cita-cita mereka dalam dunia perfileman dan kandungan digital,” ujar Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia.
Tambah Ambi, pengeluar kenderaan premium ini turut diselubungi oleh keterujaan untuk menghoskan Tayangan BMW Shorties di REXKL untuk Urbanscapes 2019, yang bakal mempersembahkan penyiaran pelbagai filem berasal dari Asia Tenggara. 

Ujar beliau, 

“BMW Shorties akan membawa semula filem ke REXKL sepanjang tempoh satu minggu di Urbanscapes 2019. REXKL merupakan sebuah institusi yang ikonik buat karya-karya perfileman yang terletak di Kuala Lumpur dan ia merupakan lokasi yang sempurna untuk meraikan BMW Shorties pada tahun ini.”

Tayangan BMW Shorties ialah sebuah acara bertempoh satu minggu di REXKL yang membariskan karya ramai pengarah popular di rantau Asia Tenggara termasuk pemenang-pemenang BMW Shorties yang terdahulu – Fly by Night oleh Zahir Omar dan Jagat oleh Shanjhey Kumar. 

Acara tersebut juga akan menampilkan lima bengkel menarik dikemudikan oleh peneraju-peneraju industri perfileman tempatan, seperti pengarah, Adrian Teh (PASKAL: The Movie) dan pembikin dokumentari, Indrani Kopal (Incarcerated Rhythm), kedua-duanya berperanan sebagai juri untuk BMW Shorties 2019.

Acara berkenaan akan diakhiri dengan Malam Penganugerahan BMW Shorties pada tanggal 23 November 2019, di mana Pemenang Hadiah Utama yang ke-13 akan diumumkan. 

Anugerah untuk pelbagai kategori sokongan juga akan diberikan, ia meliputi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular, berserta kategori baharu untuk Anugerah Pelajar Terbaik.





Maklumat lanjut mengenai BMW Shorties boleh didapati di laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Urbanscapes 2019, sila layari www.urbanscapes.com.my.


[CREDIT: BMW Shorties]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan