Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HIJRAH ITU INDAH, TELE KHAS SEMPENA MAAL HIJRAH


PENGHIJRAHAN hidup seorang pemuda bermasalah ke arah kebaikan diangkat sebagai plot telemovie khas disiarkan RTM sempena sambutan Maal Hijrah 1441H ini bertajuk Hijrah Itu Indah pada 1 September ini, pukul 2.30 petang di TV Okey.   

Menampilkan pelakon utama Akmal Ahmad, Nafiz Muaz, Kazar Saisi, Wanna Ali dan Aprena Manrose, telemovie khas sarat dengan pengajaran dan momen keinsafan ini merupakan karya arahan Amie Maziah Abd Rahman.  

Plot penceritaannya bermula dengan watak utama iaitu En. Muzaffar dan isterinya, Puan Norlela seringkali membebel kepada anak lelaki mereka Hafiz tentang sikapnya yang suka berfoya-foya di kelab bersama kekasihnya. 

Ketika itu Hafiz rasa tertekan dan berusaha mencari ketenangan dengan menginap di chalet Pak Mat tanpa pengetahuan keluarganya. Pada masa sama anak Pak Mat iaitu Siti Hajar merupakan graduan luar negara dan mengajar kelas tajwid serta tuisyen Bahasa Inggeris untuk anak muda di kampung mereka. 




Kehilangan Hafiz membuatkan kedua suami isteri itu berada dalam kebimbangan dan menggunakan apa sahaja cara untuk menjejak anak mereka. Tanpa diduga berlaku kejadian yang membuatkan En. Muzafffar menghubungi Pak Mat yang merupakan kenalan dan rakan sekerjanya selepas melihat gambar yang dimuat naik oleh Hafiz dalam akaun Instagram miliknya. 

En. Muzaffar berjaya menjejak Hafiz. Dia mengenakan syarat pada Hafiz untuk berkahwin bagi menyemai sikap bertanggungjawab kerana merasakan hanya itu sahaja jalan untuk merubah Hafiz. 

Selepas terserempak dengan Siti Hajar, Hafiz terasa ingin mengenalinya dengan lebih lanjut. Pak Mat terkejut apabila tiba-tiba Hafiz menyatakan hasrat untuk melamar Siti Hajar walaupun Pak Mat menyatakan yang anaknya bisu, pekak dan buta. 

Akhirnya pernikahan dilangsungkan dan Hafiz terkejut apabila mendapati yang Siti Hajar tidak cacat. Hafiz kesal kerana sebenarnya beliau hanyalah berlakon untuk berkahwin dengan Siti Hajar pada mulanya namun terkejut apabila Siti Hajar sanggup menerimanya. 

Beliau mula nekad untuk berhijrah ke arah kebaikan selepas mendapat hidayah dengan bantuan Siti Hajar. Namun adakah dia istiqomah untuk berubah? Ikuti kesudahannya di TV Okey. 




HIJRAH ITU INDAH
Bahasa: Melayu
Tarikh Siaran: 1 September 2019
Hari: Ahad 
Masa: 2.30 Petang 
Saluran: TV Okey      
Arahan: Amie Maziah Abd Rahman     
Pelakon: Akmal Ahmad, Nafiz Muaz, Kazar Saisi, Wanna Ali dan Aprena Manrose.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments