29 Ogo 2019

[ALFATIHAH] PENGARAH RAJA AHMAD ALAUDDIN MENINGGAL DUNIA


PENGARAH terkenal Raja Ahmad Aluddin, 62, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Bandar Sri Damansara pada tadi.

Allahyarham yang juga pengarah filem Hati Bukan Kristal dan drama Curi-Curi Cinta ini dikatakan menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tidur.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Shah Alam, Selangor dan akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam pada petang ini. 

ALFATIHAH. Salam takziah buat keluarga Allahyarham dari kami di 7KlikDotCom dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman. Aminnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan